Monday, August 13, 2012
semot2..
ha... ape yang unik dgn semut depan giant ats jln tar ni? klau perasan, badan dia hitam+oren.. unik sgt2 ciptaan Allah ni.. hebat~ 2 yg tgkp 2 dgn penuh bersemangat, menolak tepi troli, megeluarkn fon utk tgkp gmba smbil berlari ala2 etlit.. (pdhl tgh tunggu org sbb kne tinggal)
Tuesday, June 26, 2012
simbol pakaian~
baiklah, sejak kebelakangan ni aku rase esemen ak menarik dan harus dikongsikan bersama. (mke bangga). kajian kali ini yang aku buat bertajuk simbolik pakaian Melayu (teori antropologi simbolik), sila2 lah baca utk menambah pengetahuan anda dan menerapkan kebudayaan Melayu dalam diri dan keluarga. Jgn lupa sampaikan kat anak cucu nanti ye.. :)
KAIN BATIK
TEORI
ANTROPOLOGI SIMBOLIK
Antropogi simbolik adalah teori yang mengkaji
tentang simbol dan lambang dalam konteks sosial atau masyarakat.Teori ini
muncul pada tahun 1960-an dan masih berpengaruh sehingga ke hari ini sebagai
wadah untuk mengkaji budaya sesebuah masyarakat.
Simbol
atau lambang-lambang memang banyak digunakan dalam pelbagai adat, bahasa dan
budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat sejagat. Pendokong teori ini
menyatakan bahasa simbol atau lambang merupakan wahana budaya, bermaksud simbol
itu mempunyai makna dan kepentingan dalam budaya sesuatu masyarakat.
Kadangkala
persimbolan yang sama membawa maksud yang berbeza dengan masyrakat yang berbeza
dan ada pula simbol yang dianggap sebagai suatu simbol yang dapat diketahui
maknanya secara universal dan buka spesifik kepada sesebuah masyarakat. Ia
dianggap sebagai pinjaman unsur sesebuat masyarakat yang lain tetapi boleh
diterima pakai dalam masyarakat sendiri.
Untuk
mengkaji sesuatu budaya melalui teori ini, para antropologi memberi tafsiran
terhadap lambang-lambang tersebut menggunakan pendekatan emik iaitu pendekatan
dari kaca penduduk atau dalam konteks budaya yang dikaji.
Teori
ini menganggap bahawa budaya tidak wujud di luar lingkungan individu malah
budaya itu berkisar pada interpretasi individu terhadap kejadian dan perkara
yang berlaku dan wujud di sekeliling.
SIMBOLIK PAKAIAN CARA MELAYU
Menurut
Geerts, simbol ialah model kepada kenyataan. Ia memberi penererangan dan
bimbingan tentang bagaimana menyatukan kenyataan. Makna dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu unsur dasar, unsur konvensional dan makna intrinsik. Makna
pertama merujuk kepada fakta dan ekspresional seperti warna, makna konvensional
dilihat melalui imej dan gubahannya dan makna intrinstik merujuk kepada makna simbolik.
Simbolik
merujuk kepada bentuk, lambang, imej, cerita, alegori dan motif. Inilah unsur-unsur
asas yang berfungsi sebagai perkataan yang bermaksud figurasi dengan
berbagai-bagai makna (Ismail 1980,20). Di samping sebagai maksud literal atau
utama yang menyaran fungsi gunaan (Hodder),yang membawa makna dasar semulajadi
kepada gambaran atau motif. Ini merujuk bahawa simbolik itu merupakan sudut
pandangan kedua yang tidak dapat dilihat tetapi hanya difahami.
Makna
yang ingin diketengahkan ialah makna intrinsik. Makna ini dalam pakaian Melayu
memperlihatakan simbol kebesaran bangsa, kekuasaan, pangkat, status-darjat,
agama dan falsafah. Contohnya, antara orang kaya dengan miskin, beza antara
rakyat biasa dan raja, beza antara yang dara dan janda. Kesemuanya dapat diketahui
melalui cara pemakaian dan pakaian tradisional Melayu memang tidak lari dari
symbol-simbol ini.
SIMBOLIK
KAIN
Kain berfungsi sebagai
sarung. Namun begitu, apabila ia digayakan, kain tersebut telah mempunyai makna
tersendiri.:
KAIN BATIK
Kepala
kain batik dalam masyarakat melayu menggambarkan status seseorang, sama ada
anak dara, sudah berkahwin mahu pun seorang janda. Kepala kain yang diletakkan
di bahagian hadapan bermaksud pemakai masih anak dara, kepala kain yang
diletakkan di bahagian belakang membawa maksud pemakainya sudah berkahwin dan
wanita yang meletakkan kepala kain di sisi, sama ada kiri atau kanan membawa
maksud pemakai adalah berstatus janda.
·
KAIN SONGKET
Kain
songket satu ketika dahulu dipakai dalam upacara tertentu seperti keagamaan,
perkahwinan dan beberapa adat lain yang menunjukkan kain sonngket tidak boleh
dipakai sembarangan. Kain songket juga membezakan status seperti pegawai
kerajaan, golongan bangsawan dan rakyat biasa. Motif-motif yang digunakan juga
menjadi perlambangan kebesaran dan keagungan.
SIMBOLIK
IKAT KEPALA
Ikat
kepala dikenali juga dengan nama bulang hulu, setangan kepala, tanjak, semutar
dan destar. Ikat kepala ini bukan hanya sebagai hiasan tetapi juga mempunyai
nilai simbolik dengan makna yang tersendiri. Ia menjadi pakaian budaya yang
penting contohnya dalam adat intiadat penganugerahan.
Dalam
konteks budaya tradisi, orang biasa dilarang bertengkolok dan berbaju sarung
kecuali setelah dianugerahkan oleh raja. Destar, tanjak atau tengkolok
merupakan simbol budaya yang melambangkan masyarakat yang berlembaga, ada
keturunan bermaruah dan dipakai ditempat dan pada masa yang sesuai dengan
bentuk dan gayanya. Tengkolok juga merupakan sesuatu yang sama tarafnya dengan
mahkota yang merupakan simbol kebesaran kerajaan masa lampau. Semua rakyat
jelata bertengkolok apabila kurnia itu diterima daripada raja.
Bentuk
ikatan, jenis kain dan motif hias seperti bunga dikarang gajah menggulung,
bunga cina tiga warna berkunci bunga dikarang dan teluk rantau berdestar
pelangi dikaitkan dengan semangat (ritual). Bentuk dan gaya memberikan kekuatan
kepada pemakainya. Hal ini dikatakan dalam teks sastera. Ikatan “dendam tak
sudah” diperikan sebagai simbol tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang
dipertuan Agong hari ini dan ia mula dipakai sejak Tuanku Abd. Rahman Ibni
Al-Marhum Tuanku Muhamad ketika ditabakan sebagai raja yang pertama. Menurut
Kajian Mubin Sheppard, hala pucuk kanan dan hujung simpul di atas telinga kiri
khusus untuk kerabat diraja atau mereka yang telah diberikan anugerah gelaran
seperti Bendahara (Menteri Besar). Setiap ikatan dikekalkan dengan jawatan
mereka seperti ikat bendahara, ikat temenggung, ikat laksamana, ikat
syahbandar, ikat Datuk Setia dan ikat anak orang baik-baik. Pucuk di kiri dan
simpul di telinga kanan ialah untuk orang kebanyakan dan simpul di belakang
adalah simbol kepahlawanan. Simbolik pemakaian tengkolok juga dapat diketahui
melalui bahan dan reka corak kain iaitu warna dan motif hiasnya.
SIMBOLIK
IKAT PINGGANG
Fungsi
utama ikatan dipinggang adalah untuk mengemaskini ikatan kain, mengetatkan
bahagian pinggang dan kain pembebat perut. Namum begitu, golongan tradisi agung
menggunakan ikat pinggang sebagai simbol “pakaian kerajaan” yang digunakan
dalam upacara penganugerahan kepada bendahara.
Penggunaan
kain cindai sebagai pengikat pinggang mempunyai simbol ritual yang mempunyai
makna seperti kesaktian, dan memberi perlindunagn kepada pemakainya. Perubahan
warna kain cindai yang membawa unsure alam juga turut memberi makna khusus
iaitu perubahan cuaca. Ikat pinggang juga melambangkan kehebatan status raja
atau pembesarnya seperti penggunaan benang emas atau kesaktian yang dapat
dilihat melalui motif yang digunakan seperti tulisan khat, ayat Al-Quran dan
doa-doa besar. Jika ikat pinggang bersuji air emas adalah yang dikurniakan raja
kepada pembesar.
Ikat
pinggang juga berkait dengan pending yang mencerminkan kemewahan dan kebesaran.
Kelangsungan simbolisme dapat dilihat pada pakaian rasmi DYMM Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong yang menggunakan hiasan batu permata dan bahan
baldu bertekat benang emas dengan hiasan motif organik sebagai ikat pinggang.
SIMBOLIK
SEBAI/ SELEMPANG/ SELENDANG
Sebai,
selempang dan selendang menunjukkan pelbagai fungsi dalam masyarakat melayu.
Contohnya, selendang digunakan untuk menutup kepala manakala sebai dipakai di
leher dan juga bahu. Ia merupakan sebahagian daripada pakaian Melayu yang
mempunyai makna simbolik.
Walaupun
fungsi dan bentuknya hampir sama, iaitu kain kecil yang berbentuk memanjang
tetapi jenis dan bahan buataanta membezakan status si pemakai sehingga kan ia
menjadi simbol dalam istana. Bukan itu sahaja, fungsinya juga berbeza. Umumnya,
selendang adalah pakaian untuk wanita manakala seludang untuk lelaki. Seludang
dipakai menyilang di bahu mengarah ke sisi kiri atau kanan pinggang. Tetampan
pula di pakai oleh bentara adat atau “anak raja-raja yang tua” dan wali untuk
wali dan atau dayang istana. Tetampan yang di pakai terdapat dalam pelbagai
warna yang melambangkan jawatan yang berbeza. Contohnya, tetampan kuning yang
bertabir emas sampai ke tanagn dan berkida-kida sipakai oleh orang ynag membawa
congan. Tetampan kuning yang berkida-kida tidak bertabur di tepi dipakai oleh
gembala usungaan dan gembala lembing jabang. Manakala tetampan hijau bertepi
tabor atau tekat dipakai oleh Kepala Bugis (tekat penuh). Hijau dianggao lebih
rendah statusnya daripada simbol kerajaan iaitu kuning.
SIMBOLIK REKA CORAK
·
WARNA
Warna
merupakan sesuatu yang sangat memberi makna tersendiri apabilla dilihat dari
sudut hubungan masyarakat dan budaya. Warna merupakan penjelasan mengenai kelas
dan status sebagai bentuk komunikasi tanpa lisan. Levy-Bruhl yang mengkaji tentang
pemikiran primitive menyatakan bahawa simbol warna ialah fenomena yang wujud
sekian lama yang berlangsung sebagai sesuatu yang sangat berpengaruh dengan
upacara dan amalan mitos. Warna dalam karya primitif diperlukan sebagai sebagai
kepentingan simbolik.
Dalam
pakaian Melayu, seperti yang diketahui, warna utama “pakaian kerajaan” ialah kuning
atau emas. Tradisi ini berlangsung sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud melarang warna kekuningan di pakai oleh orang kebanyakan. Adat
ini juga merupaka adat tradisi Hindu-Budhha.
Beberapa
jenis warna yang simbolik dapat dilihat melalui “persalinan persembahan” dalam
upacara seperti tamat berkaul di Istana Perak. Dalam upacara tersebut seperti
yang diceritakan dalam teks Melayu, terdapat tujuh warna asas yang digunakan
termasuklah warna payung yang melambangkan kebesaran.
Simbol
warna hitam adalah berbeza dengan warna putih dan kuning. Warna hitam adalah
lambang semangat pahlwan dan digunakan untuk baju perang. Simbol ini dapat
dilihat daripada pakaian perkahwinan putera Bugis-Riau . dalam upacara bersiram
tabal cara Melayu-Riau, telah
disyaratkan untuk para wanita memakai baju serba hitam dan tiada seorang yang
boleh memakai baju berwarna lain mahu pun memakai baju yang bercorak.
Warna
kain juga berubah mengikut perubahan cuaca. Cahaya juga diperikan dalam
pelbagai keadaan seperti embun, lembayung dan minyak. Citra alam ini dijadikan
bahan untuk mengindahkan kain di samping mengetengahkan simbol budaya. Apabila warna-warna ini dipakai, ia umpama
perubahan waktu dalam kehidupan. Sebagai contoh, embun berwarna gelap (subuh),
lembayung berwarna merah keungguan (siang) dan minyak berwarna emas (senja). Ia
membawa kesegaran sepanjang hayat.
Begitu
juga istilah kain pelangi yang berdasarkan kepada kecerahan warna atau kain
telepuk dengan bahan yang berwarna emas yang sesuai dalam tradisi agung. Ia
juga simbol kebesaran yang dipakai oleh orang-orang besar atau pengantin.
·
MOTIF
Motif
Pucuk Rebung
Motif tumbuhan yang utama ialah pucuk rebung
yang biasa terletak di bahagian kepala kain atau kaki kain. Pucuk rebung
mempunyai makna yang estetik dan simbolik dalam masyarakat Melayu, imej
gunungan pula sering dikaitkan dengan motif pucuk rebung.
Motif ini juga terlihat dalam reka bentuk
jenis tengkolok yang dapat dibezakan status pemakai melalui berapa lipatan atau
arah pucuk tersebut. Bentuk pucuk rebung
atau tiga segi dalam ikatan kepala melambangkan simbol kuasa atau anugerah
daripada raja.
Motif pucuk rebung yang digunakan pada kain
songket melambangkan harapan baik kerana ia merupakan pohon yang teguh dan
tidak mudah patah ketika angin kencang. Ini bermaksud si pemakai perlulah ada
sikap beruntung dan kuat dalam menjalani kehidupan.
Motif
Bunga
Motif bunga disusun dalam tekstil pakaian
Melayu seperti cindai, songket penuh, teluk berantai atau jong sarat yang hanya
boleh dipakai oleh raja. Simbol keagungan raja dibezakan melalui corak atau pun
susunan bunga . Namun begitu, ia juga bergantung kepada keinginan raja.
Jika dilihat motif bunga yang terdapat pada
kain seperti kain songket, motif bunga mawar. Melambangkan penawar kepada
malapetaka dan dipakaikan kepada bayi sebagai harapan kehidupan si anak yang
sentiasa dilindungi Tuhan.
Motif bunga tanjung melambangkan sifat ramah
tamah. Ia sering dipakai ketika rumah didatangi tamu.
Bunga Melati pula melambangkan kesucian,
keagungan dan sopan santun. Kain songket yang yang bermotif bunga melati ini
biasa dipakai oleh gadis yang berlum berkahwin.
Motif
Seni Khat
Antara kalimah yang selalu digunakan ialah Allah,
Bismillah, Muhammad s.a.w dan sering diletakkan di tengkolok, ikat pinggang dan
kain penutup jenazah. Baju raja yang berhias ayat Malbus al-afiah bermaksud
“pemakainya selalu berada dalam keadaan sihat walafiat.”
PENUTUP
Kehidupan masyarakat melayu mengandungi budaya-budaya
yang sebenarnya amat membawa makna simbolik dalam apa jua yang diamalkan sama
ada adat resam, upacara, cara berpakaian dan sebagainya. Ada juga makna
simbolik yang tersirat atas gabungan dua perkara seperti upacara dan pakaian.
Contohnya dalam adat pertabalan, perkahwinan dan adat melenggang perut.
Dalam adat melenggang perut, apa yang menarik ialah
penggunaan tujuh helai kain dengan jenis yang berbeza seperti kain batik, serasah,
cempa dan sebagainaya dengan warna kuning dan putih. Hal ini bertujuan untuk
memudahkan ketika proses kelahiran bayi. Tujuh sebagai angka bilangan kerap
yang dikaitkan dengan unsur alam seperti tujuh petala langit, dan tujuh petala
bumi. Upacara ini diamalkan oleh golongan tradisi agung (great tradition).
Namun begitu, makna-makna ini sudah tidak banyak lagi
didedahkan sebagai satu informasi yang perlu diketahui oleh generasi masa kini.
Hal ini perlu dititik beratkan oleh semua pihak agar tidak membiarkan adat kita
ditinggalkan dan adat luar diagung-agungkan bak kata pepatah “kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan.”
Kesimpulannya, masyarakat Melayu satu ketika dahulu amat
berpandangan jauh dan mengisi sesebuah adat itu penuh dengan sebab dan
munasabab dan bukan hanya makna dasar yang hanya dapat dilihat oleh mata kasar.
Jika makna tersebut dirungkai satu persatu, nescaya seri dalam budaya kita akan tampak lebih indah.
Dengan itu, adalah tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengekalkan
tradisi ini.
BIBLIOGRAFI
1. Siti
Zainon Ismail .(2006). Pakaian Cara
Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia:
Bangi,
Selangor.
2. Siti
Zainon Ismail.(1991). "konsep Pakaian Cara Melayu:
Satu Kajian Analisis
Budaya Benda” (published master
thesis). University of Malaya:Kuala Lumpur
Penyerapan Kebudayaan..
Luas sgt pulak skop tajuk ni mcm permukaan bumi, pdhl aku nk cte pasal aku je. haha.. aku ni kdg2 nk tau sgt2 nape aku senang sangat menyerap masuk (mcm sponge hijau bukan kuning sbb kuning xmenyerap dan hanya berkawan dengan tapak sulaiman) smbg balik- menyerap masuk budaya kawan2 aku dgn diri aku sendiri. xpyh nk budaya sgtlah kan. cth lain mcm, perangai, cara cakap, dll. kdg2 tgh ckp2 tbe2 aku sentap tp bukan dejavu beyonce 2 ye, sentap sbb pk "eyh, aku baru ckp atonansi mcm timah lah", "eh, aku baru buat mimik muka macam tipah ke?", "nape aku sll ckp gaya bahasa harun pulak nih". adoi..
kdg2 aku pk personaliti aku xcukup kuat ke smpai aku ikut mcm dorg ni.. hmm.. snang sgt tertiru. tp aku rasa mungkin sbb elemen (bukan metal) yg aku tiru 2 snanye unik dan xpnah ada kat org lain. aku suka tgk gaya org n cara dia ckp dari aku sendiri yang cakap. 2 yg lama2 terikut 2. nasib baiklah xde yang buruk aku ikut buat masa ni.. (smbil wt mke xkonfiden). tp yang buruk 2 pn dtg dr diri sndiri jgk kan. pndai2 ye ko nk kwl mira oi.. hehe..
p/s: penyerapan yang berlaku menyebabkan hati terindu2 kepada kwn2 dan senior2 ku.. :( kejap je masa berlalu..
Friday, June 15, 2012
POTRET SI SRIKANDI..
Baiklah, di bawah merupakan hasil karya aku. rajin kan aku tulis cerpen full more than 3000 words.. (nama pn esemen, mstilah kene siapkan). hehe.. pape pn mohon maaf klau ada pape kekurangan ye, sy hanyalah pengarang baru. harap terhibur atas cerita karutan ini. kbai.
CERPEN
POTRET
SI SRIKANDI
OLEH: AMIRA BINTI MUSTAFFA
Mencari
kunang si anak teruna,
Dari
rumahnya si anak dara,
Hati
nan sepi sudah bergelora,
Menunggu
cinta abadi selamanya.
HUJAN
menitis membasahi bumi, sekali lagi dingin itu dirasai. Kedengaran deruan
enjin-enjin motokar di jalanan yang mengular. Hingar- bingar memang biasa di
tengah-tengah kota metropolitan itu. Bukanlah ia sesuatu yang perlu dimarahi,
ditakuti, dirisaukan. Suasana itulah cerminan kota bukan pinggiran. Di balik itu masih ada yang memerhati dari
kejauhan. Dengan sepasang mata dia melihat manusia-manusia duniawi sedang
pulang dari mencari rezeki petang itu. Ada yang berjalan kaki sambil membawa
beg bimbit, ada yang masih melayan pelanggan-pelanggan di premis bertentangan,
dan tidak kurang yang sedang tertekan di dalam kereta kerana kesesakan. Lantas,
bunyi-bunyian hon ditekan keras umpama ingin berlawan antara satu sama lain.
Entah siapa yang perlu dipersalah. Mungkin manusia biasa ini tidak biasa dengan
dunia yang perlu dibiasakan. Melihat asap yang berkepulan dari kenderaan naik
ke udara sesekali menghibakan hati. Melihat bumi ini semaki dikejami oleh
manusia. Tiada yang menghiraukan, hanya segelintir yang mengendah. Tidakkah
mereka tahu, mereka sedang menzalimi diri sendiri. Segalanya akan menjadi
semakin parah dan balasannya akan tiba.
Sekali
lagi kain putih itu disembur dengan sabun dari bekas merah itu lantas di lap
cermin sehingga segalanya jelas di pandangan. Dia sangat berpuas hati dengan
hasil kerjanya. Berbagai-bagai kerja perlu di lakukan hingga ke hujung hari, di
lakukan satu persatu. Sakit-sakit tubuh itu bukanlah sesuatu yang tidak biasa
dialami, tetapi di situlah tempat segalanya bermula, sukar untuknya meninggalkan
tempat itu.
“Excuse me miss, one cup of coffee please.” Terkejut ana
dengan suara yang sangat biasa didengari itu. “oh, sure..”. Balas Ana dengan
suara yang lembut kepada pelanggannya itu. Punggungnya diangkat malas
memandangkan baru beberapa minit dilabuhkan. Namun kerja tetap kerja.
Dimasukkan ramuan-ramuan yang telah dipelajari untuk menghasilkan kopi yang
mempunyai rasa yang khas dari De la Rossa Café. Sebuah café yang bukan
calang-calang. Ana teringat tentang orang-orang yang pernah datang disitu.
Kadangkala memuji kecantikannya dan menganggap kerja itu tidak sesuai buatnya.
Dia boleh dapat kan kerja yang lebih baik. Namun, bukan dia tidak mahu tetapi
apalah kerja yang dapat menerimanya dengan kelulusan yang tidak seberapa. Tidak
sabar untuk dia habis belajar. Hari-harinya ditempat kerja bukanlah sesuatu
yang dirasakan tidak baik, tetapi ia mengingatkan ana kepada sesuatu. Tempat
dimana dia dengan jasa baik En. Hashim yang terus menerimanya berkerja di sini
lima tahun lalu sejak dia memulakan langkah di sini. Segala makan pakai
diberikan sebelum dia mampu untuk menyewa rumah sendiri.
“Your coffee sir..” Ana meletakkan air yang dipinta di
atas meja. “Thanks..”. balas lelaki tadi tanpa memandang tepat kewajah ana
tetapi terus fokus terhadap kertas dan pensilnya. Barangkali suasana di café
itu sangat mendamaikan dan menenangkan. Jika tidak, masa kan ramai yang datang
hanya untuk buat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat sendiri.
Secangkir kopi itu masih di atas mejanya dan dihirup
sekali lagi. Dari air terbayang wajahnya yang ayu. Ana Azira, cantik namanya
secantik orangnya, dengan kening yang cantik terukir, mata yang bundar, bibir
yang diloeskan sedikit gincu merah menampakkan keserian wajah Ana sambil
membuat rutin hariannya, mengira belanjawan
“De la Rossa Cafe”, tempat kerjanya. Suasana bising tidak dihiraukan
namun lamunannya semakin menjauh. Jari-jemari mula bermain dengan
helaian-helaian kertas yang penuh dengan digit-digit bersusun kemas. Semakin
dipandang semakin kabur, semakin dipandang semakin menjauh. Pandangannya
dialihkan, lamunannya mula mengena tepat ke potret kesukaannya yang tergantung
di dinding berhadapan kaunter pembayaran. Ia merupakan potret seorang ibu yang sedang
menyikatkan rambut anak perempuannya, dengan wajah yang tersenyum gembira dan
anaknya pula sedang membaca buku cerita dengan dahi berkerut umpama cuba
menyantumkan abjad-abjad yang baru dikenali. Indah, memang indah sekali memperoleh kasih sayang dari seorang ibu. Dia
juga pernah merasainya. Sudah 6 tahun dia kehilangan ibu dan bapa tercinta.
Potret-potret seperti itulah yang selalu bermain difikiran Ana. Malah lebih
banyak bingkisannya, malah lebih banyak kegembiraanya. Semangat yang hampir
patah itu jua dikuatkan untuk terus melangkah melalui kenangan-kenangan terbaik
ibu dan ayah. Dari situ, fikirannya mula terkenangkan Ain, adik kesayangannya
yang baru sahaja bekerja selepas tamat belajar dari sebuah university terkemuka.
Dia amat berbangga dengan Ain, berkat
usahanya, berjaya membawa adiknya melangkah ke menara gading.
PERJALANAN BARU
“Akak, bila akak nak berhenti kerja? Kesian adik tengok
akak. Apa kata akak sekarang ni fokus study je? Pasal keperluan rumah sekarang
ni, biar Aina pula yang tanggung.” Pertanyaan Aina menghentikan lamunan Ana ketika
mengambil sepaket Nescafe untuk keperluan dapur. Kata-kata Aina hampir
menghasilkan kolam air mata di mata Ana. “Apa salahnya kalau sama-sama kerja
kan?” Kata-kata Ana umpama terselit sedikit keegoan seorang kakak. “Tapi akak tengah belajar lagi, apa salahnya
bagi peluang kat Ain bantu akak, bantu kita. Akak dah banyak berkorban untuk
Ain” Kata-kata Ain mengukir senyuman di
bibir Ana. Kadangkala memang dia terfikir untuk berhenti bekerja, cadangan yang
sama juga diberikan En. Hashim memandangkan café tersebut sudah ramai
kakitangannya. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk dia lebih menumpukan
kepada kerjayanya yang sebenar.“Merepek je adik akak ni, Ain tu bila nak kahwin, kerja dah ada, cari-carilah dik. Umur
kamu tu bukan makin muda.” Ayat Ana dihabiskan dengan gelak tawa kecil.
Perasaan rendah diri memberikan Ana idea untuk menukar topik perbualan.
Namun, cadangan Ana menyentapkan hati Ain. Bukan kakaknya
tidak tahu tentang apa yang terjadi terhadap dirinya selepas pemergian kedua
orang tua mereka. Keadaan yang senyap mengambil tempat. Ain umpama mati bicara,
nasibnya baik kerana dia tidak mati akal. “Akak tu pun, bukan makin muda. Akak
lah kahwin dahulu.” Tiba-tiba kedengaran gelak tawa dari dua beradik.
Mungkin Ana tidak patut bertanya soal itu. dia tidak
sengaja. Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terpacul. “Adik, walau apa pun berlaku
akak akan merahsiakan hal ini. Akak berjanji. hanya kita dan tuhan sahaja yang
tahu. Tidak akan kita jejak lagi kaki ke kampung itu. Lagi pun tiada siapa yang
tahu siapa antara kita yang diperkosa. Cukuplah deritamu satu ketika dahulu.
Jika boleh dikongsi, izinkan akak dik.” Getus hati ana menghentikan
menungannya. Dia akan pastikan adiknya hidup bahagia dengan seseorang yang
dicintai. Mujurlah Faris telah mendapat hukuman yang setimpal.
Barang yang dipilih disorong ke kunter pembayaran. Segala
menu sudah difikirkan. Mereka tidak sabar untuk pulang dan masak bersama.
Mereka bahagia begitu. Arus kehidupan yang berliku menjadikan hubungan mereka
sangat rapat. Lebih rapat dari hubungan adik beradik biasa. Ain tempat dia
mengadu, Ain tempat dia marah, Ain segala-galanya baginya. Dia bahagia hidup
begini. “Ya Tuhan, kekalkan senyuman ini sentiasa di bibir kami,
seseungguhnya
hanya Kau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.”
TABAH
Ain terbangun dari tidurnya pagi itu. seperti biasa,
kakaknya sudah tiada disisi. Kadangkala kakaknya itu bangun untuk awal untuk ke
kuliah dan kadangkala untuk ke bekerja di tempat biasa. Itulah rutin mereka dan
akan bertemu dipenghujung hari, berkongsi apa yang berlaku sejak dini hari. Pandangannya
sudah teralih dari sisi katil ke meja solek. Semua gambar-gambar mereka dan
keluarga ditenung dalam-dalam. Melihat wajah kakak tersayang yang sentiasa
menyimpan kedukaan dalam senyuman. Kadangkala cemburu juga menusuk di kalbu,
dirasakan sesekali diri lebih malang dari kakak sendiri. Perasaan itu
cepat-cepat ditepis. Ia bukan salah sesiapa. Mungkin ini takdir besar yang
sangat menduga. Cukuplah cemburu itu ditepis oleh pengorbanan kakaknya selama
ini. Segala makan pakai disediakan, kakaknya ibu dan kakaknya umpama bapa.
Tidak pernah dirasakan kurang. Ana sentiasa cuba untuk membuat dirinya senyum
ketawa seperti orang lain dan dia juga begitu sebaliknya. Mereka memang saling
melengkapi.
“Kakak, tabahnya hatimu menanggung malu ku, membesarkan
aku, menjaga aku dengan keringat mu. Ingat lagi disaat aku masih dibangku
sekolah, kau diherdik majikanmu. Kau utamakan pelajaranku dari pencapaianmu.
Kakak, jasa mu takkan ku lupakan.” Detik hati Ain seiring suara sepi
disekeliling. Dia sedar dari awal lagi pengorbanan kakaknya itu. setiap kali
ingin membantu, pasti dirinya dimarahi. Dia hanya mampu menurut. “Akak nak adik
belajar, akak nak adik berjaya.” Kata-kata Ana itu sering bermain difikiran Ain.
“Tapi kakak macam mana?” Persoalan itu sentiasa tersusur dari bibir aina dan
seperti biasa jawapan yang diterima. “Akak akan menyusul kemudian. Adik jangan
risau tentang akak.”
Aina mula merasa sesak di hati tiap kali memikirkan nasib
dirinya dan kakaknya. Namun, masa yang di luangkan bersama Ana terlampau lama
sehingga kedukaan itu kabur walaupun ada. Diari usangnya mula diratapi semula.
Diari pemberian ibunya ketika hari lahir yang ke 11 tahun itu tidak pernah
tandus dari sentuhan jari ana setiap hari. Itu pemberian paling bermakna yang
pernah ibunya berikan. Ketika itu dia tidak dapat membaca bahawa diari tersebut
akan menggantikan pemberinya, sentiasa berada di sisi, mendengar luahan dan
rintihan dikala menyendiri.
KENANGAN
Kehidupan mereka adik beradik sudah mula mengukir
senyuman, tidak seperti tahun-tahun sudah yang penuh dengan perit dan getir
tetapi dari situlah mereka mengenal erti kecekalan dan ketabahan.
Cincin ibunya dipandang, dicium. Kenangan bersama
keluarga yang dirasakan seketika itu mula menyelinap kedalam fikirannya. Jika
dulu dia kuat kerana mereka tetapi kerana mereka juga sekarang dia tenang
menjalani kehidupan hariannya. Betapa dia rindu saat bahagia bersama keluarga.
Saat menanam pokok di perlak ibunya, ketika bergurau senda bersama Ain dirumah.
Semuanya masih jelas dalam ingatan.
Tabah Ana menghadapi dugaan hidup diusia yang muda. Hidup
sebatang kara setelah dipandang serong oleh orang kampung membuatkannya
berhijrah ke bandar, mencari sesuap nasi untuk mereka dua beradik sehingga masa
memakan kedukaan. Syukurlah, keputusan STPM yang cemerlang melayakkannya
menyambung pelajaran walaupun usianya tidak sama dengan rakan sekuliah.
Menggenggam segulung ijazah adalah impiannya dan dia tahu itu juga impian ibu
dan bapanya andai mereka masih ada. Tapi jauh disudut hatinya, melihat Ain berjaya
sudah cukup membuat dia melinangkan air mata bahagia yang teramat. Sebesar mana
pengorbanannya tidak mampu mengubah kisah silam Ain.
Satu persatu susunan cerita titik hitam itu dikumpulkan.
Bukan tidak mahu dilupakan tetapi setiap malam sebelum melelapkan mata, ia
tetap menjadi mimpi ngeri yang tidak diundang. Bukan sahaja dirinya tetapi
kadangkala terdengar juga racauan Ain yang tidur disebalahnya. Pukulan
peristiwa itu memang menyakitkan. Jika tempias pun sudah sakit apatah lagi
kepada orang yang merasainya. Badan Ain berpeluh kadang-kadang, jeritan itu
masih sama. hanya istighfar dan pelukan erat dapat menjadikan malam mereka
dilalui dengan tenang.
TITIK HITAM
Kehilangan ibu bapa mereka belum sampai dua bulan, namun
perasaan itu masih menyusuk umpama semalam tragedi itu berlaku. Malamnya tidak
pernah kering dengan air mata, air mata yang disembunyikan dari Ain.
Teringat wajah ibu dan bapanya yang dilihat sendiri di
depan mata, ditarik penyelamat ke benteng sungai. Kereta yang dipandu tidak
dapat dikawal lalu terbabas. Dia dapat merasakan seksa ibu dan bapanya
menghadapi sakratul maut disitu. Bibirnya hanya mampu digumam. Pelukan terakhir
semakin menguatkan esakan. Dia tahu,
untuk melihat adiknya kuat, dia harus kuat. Itulah hari yang mengubah nasib mereka
menjadi yatim piatu.
Motosikal yang ditunggang sudah sampai ke perkarangan.
Enjinnya di matikan jauh sedikit supaya tidak mengejutkan Ain. Langkah demi
langkah disusun menuju ke pintu rumah. Tidak sabar untuk menunjukkan adiknya
baju yang ditempah ibu dan dirinya untuk hari lahir Ain esok hari. Rahsia ini
diharap mampu menambah senyuman buat Ain. Berada disamping Aina sepanjang masa
tidak memberi kesempatan kepada Ana mengambil tempahan yang sudah siap itu di
rumah Mak Midah. Mujurlah Aina sudah tidur sebentar tadi memberi kesempatan
meloloskan diri sebentar. Sudah diberitahu tukang jahit itu, dia akan datang
mungkin bukan pada masa yang sesuai. Perkara itu tidak membuatkan Mak Midah
marah, malah rasa simpati menyelinap ke tubuh tua itu. Pakaian yang dijahit itu
tidak diminta bayaran apa-apa. Kata-kata semangat dan perangsang menjadikan Ana
semakin tabah. Hati itu meskipun sudah tua tetapi tetap merasa simpati terhadap
keluarganya. Masa kan tidak, keluarga mereka sangat rapat dan saling mengenali
lagi-lagi ibunya dan Mak Midah.
Pintu rumah dibuka dengan berhati-hati, langkahnya dijengket-jengket menuju ke bilik.
Sesampai dibilik dia diperlihatkan situasi membeliakkan matanya. Dua pasang baju
kurang terjatuh dari kedua belah tangannya. Adik kesayangan menangis dengan
tubuh hanya dibaluti cadar. Faris dengan muka bengis keluar laju melintasi Ana.
Dengan sekuat tenaga, baju Faris disentap.“Kejam kau Faris, memperkosa adik
kandungku. Di mana janjimu? Kau dayus, kau benar-benar dayus.” Tuduhan Ana
menaikkan kemarahan Faris. “Aku tak tahu mana kurang aku dimata kau? Kau mencabar
kelakian aku”. Faris cuba membela diri. “dan adik aku sebagai mangsanya?” kau
pasti dapat balasan!”kata-kata ana marah tetapi cuba ditahan. Matanya merah
berkolam air. “aku dapat balasan dan maruah adik kau sebagai taruhan.” Faris
menjawab tenang, sindiran yang meletuskan kemarahan Ana. Ingin sahaja pisau
yang terpacak didapur itu dirodoknya ke perut Faris. Kemarahannya terhadap
Faris semakin dirasa tidak mampu ditahan. “baik kau pergi dari sini! Setan! Kau
memang Setan!” Aina dipeluk erat. Titik hitam yang tidak akan hilang dalam
hidup mereka.
Tangisan dua beradik semakin kuat dirumah usang itu. Ana
cuba mengerti dugaan berat yang Allah berikan. Sudah lama ditahan sebak, malam
itu dia menangis sepuas-puasnya tetapi tangisan Aina lebih kuat dari itu.
LANGKAH AKHIR
“Adik, akak sudah ke balai polis pagi tadi. Semua sudah
selesai. Faris dah dipenjarakan. Kita ada saksi. Semalam semasa pertengkaran
akak dengan Faris ada jiran yang terdengar dan terus melaporkan ke balai. Mujurlah
Faris dapat ditangkap sebelum sempat dia melarikan diri. Dia pun sudah mengaku
bersalah”. Penjelasan Ana membuatkan Aina terfikir. “selesai begitu sahaja? polis
tidak mahu ambil keterangan Ain kak?” Ain semakin celaru dengan kata-kata Ana.
”Tidak perl. Sudahlah. Mari kita pergi dari sini. Sini bukan tempat kita lagi.”
Pertanyaan Ain dibalas tenang oleh Ana sambil tangannya cekap mengemas
barang-barang yang sudah disusun rapi. Barang adiknya juga kemas dalam beg yang
berbeza. Langkah-langkah terakhir mereka hanya tinggal kesan ditanah serba
merah itu.
Perbuatan Faris amat melukakan hati Ana. Dahulu, lelaki
itu yang dicintai, tetapi tidak sekarang. Sekarang hanya benci yang menetap di
hati Ana buat Faris. Menolak cinta tidak bererti dia tidak suka. Bodoh, dayus,
memang dayus! Mujurlah kekurangan Faris sudah tertampak dimata membuatkan dia
lebih berwaspada dalam memberi hati. Perasaan yang pada mulanya semakin dalam
terhadap Faris sudah mati. Ain segalanya buat dirinya sekarang, dia menolak Faris
dulu juga kerana Ain, ya, Ain lebih penting.
PAMERAN
Kereta kancil bewarna putih menggelungsur laju di jalan. Hasrat
untuk makan bersama di Restoran Seoul Garden sempena hari lahir yang ke 24
telah dirancang sejak tiga bulan yang lalu. Masing-masing mengenepikan semua urusan,
kerja, belajar dan sebagainya untuk meluangkan waktu bersama hari ini. Angin
pagi itu bertiup sejuk, kelihatan muka-muka awan biru terbentang indah di
langit Tuhan. Udara segar dihirup mematikan akal yang bercelaru. Namun begitu,
segar lagi udara yang pernah dihirup di kampung sendiri. Udara itu tidak akan
dilupakan. Segar sekali, nyaman dengan suasana yang permai. Dia masih ingat
lagi suasana desa itu, perkampungan lama, rumah yang masih mengekalkan cirri
tradisi. Masih diigati lagi rumah kayu lama itu. sejuk sentiasa. Terdapat
ruang-ruang udara yang menembusi dinding-dinding. Kadangkala rasa rindu
terhadap rumah itu mula mengkaburi kenangan hitam. Mungkin kenangan yang manis
diperkampungan itu tidak kurang jika didibandingkan dengan kenangan hitam itu.
dia masih mampu tersenyum mengingati apa desanya itu. ah! Manusia bukan komputer
yang mempunyai butang “delete”, kalau tidak memang dah lama ditekan butang itu,
tetapi manusia boleh cuba untuk melupakan. Melupakan adalah jalan yang terbaik.
Suara di corong radio mula mengambil tempat masuk ke
rongga telinga. Lagu nostalgia
“Malam Bulan di Pagar Bintang” nyanyian P.Ramlee
mula berkumandang. Lagu-lagu begitulah kegemaran dua beradik tersebut.
Kedua-duanya mula memainkan lirik dibibir masing-masing. Sesekali suara besar
P.Ramlee cuba di tiru dan mulalah dekahan dua beradik yang merasakan suasana
menjadi semakin lucu.
Kereta yang dipandu itu sesekali membuat bunyi dikala
terlanggar lubang-lubang kecil. Perkara biasa itu bukanlah masalah besar. Sudah
ada kenderaan kesana kemari pun sudah cukup memanjatkan kesyukuran. Mata Ain
sengaja meneliti satu persatu papan iklan. Segalanya dibaca kuat-kuat dan ada
satu papan tanda yang paling membuat Ain teruja untuk menceritakan kepada
kakaknya.
“Akak, tengok ni, ada pameran lukisan dari Azriq Haikal,
akak kan minat dia.” Telunjuk Aina menunding tepat ke arah banner yang
terpampang di hadapan mereka. Ia betul-betul membuatkan hati Ana teruja. “Adik,
kita singgah kejap mahu? Tidak jauh ni.” Pujuk ana terhadap adiknya. “boleh
juga, lagi pun awal lagi ni kak. Jalan ingat kan jem tadi, awal sangat pula
kita ni.” Ana tersenyum dengan jawapan dari adiknya itu, kereta mereka mula
dipandu kearah yang sepatutnya. Selekoh yang bertentangan di ambil.
Diletakkan kereta di ruangan parkir luar dewan setibanya
disitu. Mujurlah ada lagi yang masih kosong walaupun kesemua tempat parkir
hampir penuh. Aura tidak sabar untuk masuk ke dalam dewan membuatkan Ana
menarik nafas panjang dan dihembuskan sambil mengukir senyuman. Di hadapannya,
sebuah dewan yang terbuka luas menanti kedatangan pengunjung masuk “Disini
agaknya kak, sampai pun kita”. Dari luar dewan sudah kelihatan lukisan-lukisan
hasil karya Azriq Haikal dipamerkan dengan penuh gah, ada yang diletak diatas
paranya dan ada yang diletakkan didinding dihiasi lampu putih disekeliling
lukisan. Teknik pencahayaan menjadikan lukisan-lukisan yang cantik itu
bertambah serinya. Sungguh teliti. Mana tidaknya, satu karya pun sudah mencecah
puluh ribuan ringgit.
“Wah, adik jom masuk. Akak dah lama teringin nak pergi .
asik bertangguh sahaja.” Tangan Ain ditarik kuat. Ana semakin tidak sabar untuk
melihat hasil karya terbaharu dari pelukis kegemarannya itu. Tidak tahu sejak
bila dia mula meminati seni lukis. Dia bukanlah pakar dalam dunia seni ini,
kalau setakat asas dalam melukis, tahulah. Apa yang menarik minatnya apabila
dia mula mengkaji detik pertama dia melihat sesebuah lukisan itu. Lukisan-lukisan
dari Azriq umpama bayangan kepada sebuah kisah. Hasil seninya sungguh indah dan
tersendiri. Melihat wajah Azriq pertama
kali terpampang di laluan masuk dewan sebentar tadi mengingatkan Ana kepada
seseorang.
Ain mula membebel seorang diri sambil melihat lukisan
berlatarkan perkampungan, dan Ana tertarik dengan sebuah lukisan lain. Mereka
berpisah sementara. Langkah sudah tidak seiringan. Lukisan pokok besar yang
terdapat ditengah-tengah gambar pemandangan di sekitar kawasan pergunungan
telah menimbulkan keunikan terhadap lukisan tersebut dan membuatkan Ana
mentafsir sendiri.
“Pokok tu yang saya
nak tumpukan, bukan perkampungan di belakangnya. Hmm.. hye..” suara yang umpama
takut-takut menegur itu mengejutkan Ana yang fikirannya sudah melayang entah ke
mana. Pandangannya terus teralih kea rah suara itu. “Awak??” kali ini dia
betul-betul terkejut. Terkejut melihat apa yang ada didepan matanya. Dia umpama
meraba-raba semula memori yang masih segar. Baru semalam dia bertemu lelaki
yang menegurnya itu. Baru dia teringat, Azriq Haikal adalah orang yang sama.
Ya, dia memang orang sama. Pelanggan tetap tempat dia bekerja. Idolanya
sentiasa ada didepan mata tanpa dia sedari.
“Kakak! Tengok ni..!” jeritan Ain mendapat perhatian Ana,
kali ini dia sekali lagi dikejutkan dengan apa yang ada di jari telunjuk Ain.
Sebuah lukisan potret seorang wanita yang sedang melukis dan sedang tersenyum.
Tetapi matanya berkolam air. Wanita itu sedang duduk dibangku sambil melukis
sesuatu. Melukis alam ciptaan tuhan yang
sangat indah dan wanita itu adalah dia! Wajahnya!.
“Wow.. awak ada kembar?” pertanyaan Azriq hanya mampu
dibalas dengan senyuman oleh pasangan kembar tersebut. Kali ini wajah Azriq
pula yang terkejut. Senyuman kepada Ana dibalas manis. Ternyata dia masih mampu
membezakan keduanya.~
Monday, March 26, 2012
-_-'

diats bukanlah muka mengeluh tapi muka yg berpeluh (akibat mengeluh, haha). manusia, owh manusia.. knapalah suka sangat mengeluh, ada keje mengeluh, xde keje mengeluh, lapa mengeluh, kyang apetah lg.. sume perkara nk mengeluh smpai berpeluh-peluh.
fakta tentang mengeluh:
1) bukan nak mengeluh pn kadang2 tp saje nk ckp bg memeriahkan suasana. (yeke??)
2) dh mengeluh rasa nk tarik balik je. (mesti org pk xbesyukur kan..)
ayat bawah ni best~
3) tidak bahagia bukanlah penyebab kita selalu mengeluh tetapi sebab mengeluh lah kita x bahagia
cara menghindari keluh:
1) meditasi, meditasi, meditasi..
2) minum air ribena
3) ubat paling mujarab: dekatkan diri pada Maha Pencipta, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
4) jgn pk apa yang kita tiada, sebaliknya fikirlah apa yang kita ada dan org lain tiada.
lepas ni jgn mengeluh lagi dan sentiasalah senyum walaupun paip getah kat toilet tbe2 tcabut ke, atau assignment tepadam xsmpt nk save.. then xtekan autosave tbe2 tetkn pgkah, haha (hu, ni mmg dugaan hebat)..<-- (bkn sy.) tp masalah kita 2 kecil sgt nk dibandingkan dengan bumi dan sistem cakerawala ni.. keep smiling,
p/s: thanks Allah 4 giving me such a wonderful life with such a wonderful people around me.. ^_^
Tuesday, January 3, 2012
Islam dan Sains..
- kita sll mendengar Islam dikaitkan dengan Sains. Segala ibadat mahu dikaitkan dgn Sains. tidakkah itu sesuatu yang mengagung2 kn sains sedangkan sains itu juga ciptaan Allah s.w.t?
- sebagai contoh paling besar spt mencari sains dalam Islam. ukurannya dilihat sbg materi utk keimanan. Iman itu sesuatu perlu diyakini bukan melalui perkara-perkara lain spt Sains.
- tidak dinafikan juga melalui kaedah ini dapat menarik penganut2 agama lain terhadap Islam. tetapi yang pasti bagi orang Islam sendiri tidak ptt utk menggabung2kan persamaan antara Islam dan sains kerana lebih memperlihatkan Sains lebih dari agama sndiri.
p/s: Allah do something 4 some reasons.. not all is about science. Science and our relligion is not at the same line..
- sebagai contoh paling besar spt mencari sains dalam Islam. ukurannya dilihat sbg materi utk keimanan. Iman itu sesuatu perlu diyakini bukan melalui perkara-perkara lain spt Sains.
- tidak dinafikan juga melalui kaedah ini dapat menarik penganut2 agama lain terhadap Islam. tetapi yang pasti bagi orang Islam sendiri tidak ptt utk menggabung2kan persamaan antara Islam dan sains kerana lebih memperlihatkan Sains lebih dari agama sndiri.
p/s: Allah do something 4 some reasons.. not all is about science. Science and our relligion is not at the same line..
Subscribe to:
Posts (Atom)

