Baiklah, di bawah merupakan hasil karya aku. rajin kan aku tulis cerpen full more than 3000 words.. (nama pn esemen, mstilah kene siapkan). hehe.. pape pn mohon maaf klau ada pape kekurangan ye, sy hanyalah pengarang baru. harap terhibur atas cerita karutan ini. kbai.
CERPEN
POTRET
SI SRIKANDI
OLEH: AMIRA BINTI MUSTAFFA
Mencari
kunang si anak teruna,
Dari
rumahnya si anak dara,
Hati
nan sepi sudah bergelora,
Menunggu
cinta abadi selamanya.
HUJAN
menitis membasahi bumi, sekali lagi dingin itu dirasai. Kedengaran deruan
enjin-enjin motokar di jalanan yang mengular. Hingar- bingar memang biasa di
tengah-tengah kota metropolitan itu. Bukanlah ia sesuatu yang perlu dimarahi,
ditakuti, dirisaukan. Suasana itulah cerminan kota bukan pinggiran. Di balik itu masih ada yang memerhati dari
kejauhan. Dengan sepasang mata dia melihat manusia-manusia duniawi sedang
pulang dari mencari rezeki petang itu. Ada yang berjalan kaki sambil membawa
beg bimbit, ada yang masih melayan pelanggan-pelanggan di premis bertentangan,
dan tidak kurang yang sedang tertekan di dalam kereta kerana kesesakan. Lantas,
bunyi-bunyian hon ditekan keras umpama ingin berlawan antara satu sama lain.
Entah siapa yang perlu dipersalah. Mungkin manusia biasa ini tidak biasa dengan
dunia yang perlu dibiasakan. Melihat asap yang berkepulan dari kenderaan naik
ke udara sesekali menghibakan hati. Melihat bumi ini semaki dikejami oleh
manusia. Tiada yang menghiraukan, hanya segelintir yang mengendah. Tidakkah
mereka tahu, mereka sedang menzalimi diri sendiri. Segalanya akan menjadi
semakin parah dan balasannya akan tiba.
Sekali
lagi kain putih itu disembur dengan sabun dari bekas merah itu lantas di lap
cermin sehingga segalanya jelas di pandangan. Dia sangat berpuas hati dengan
hasil kerjanya. Berbagai-bagai kerja perlu di lakukan hingga ke hujung hari, di
lakukan satu persatu. Sakit-sakit tubuh itu bukanlah sesuatu yang tidak biasa
dialami, tetapi di situlah tempat segalanya bermula, sukar untuknya meninggalkan
tempat itu.
“Excuse me miss, one cup of coffee please.” Terkejut ana
dengan suara yang sangat biasa didengari itu. “oh, sure..”. Balas Ana dengan
suara yang lembut kepada pelanggannya itu. Punggungnya diangkat malas
memandangkan baru beberapa minit dilabuhkan. Namun kerja tetap kerja.
Dimasukkan ramuan-ramuan yang telah dipelajari untuk menghasilkan kopi yang
mempunyai rasa yang khas dari De la Rossa Café. Sebuah café yang bukan
calang-calang. Ana teringat tentang orang-orang yang pernah datang disitu.
Kadangkala memuji kecantikannya dan menganggap kerja itu tidak sesuai buatnya.
Dia boleh dapat kan kerja yang lebih baik. Namun, bukan dia tidak mahu tetapi
apalah kerja yang dapat menerimanya dengan kelulusan yang tidak seberapa. Tidak
sabar untuk dia habis belajar. Hari-harinya ditempat kerja bukanlah sesuatu
yang dirasakan tidak baik, tetapi ia mengingatkan ana kepada sesuatu. Tempat
dimana dia dengan jasa baik En. Hashim yang terus menerimanya berkerja di sini
lima tahun lalu sejak dia memulakan langkah di sini. Segala makan pakai
diberikan sebelum dia mampu untuk menyewa rumah sendiri.
“Your coffee sir..” Ana meletakkan air yang dipinta di
atas meja. “Thanks..”. balas lelaki tadi tanpa memandang tepat kewajah ana
tetapi terus fokus terhadap kertas dan pensilnya. Barangkali suasana di café
itu sangat mendamaikan dan menenangkan. Jika tidak, masa kan ramai yang datang
hanya untuk buat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat sendiri.
Secangkir kopi itu masih di atas mejanya dan dihirup
sekali lagi. Dari air terbayang wajahnya yang ayu. Ana Azira, cantik namanya
secantik orangnya, dengan kening yang cantik terukir, mata yang bundar, bibir
yang diloeskan sedikit gincu merah menampakkan keserian wajah Ana sambil
membuat rutin hariannya, mengira belanjawan
“De la Rossa Cafe”, tempat kerjanya. Suasana bising tidak dihiraukan
namun lamunannya semakin menjauh. Jari-jemari mula bermain dengan
helaian-helaian kertas yang penuh dengan digit-digit bersusun kemas. Semakin
dipandang semakin kabur, semakin dipandang semakin menjauh. Pandangannya
dialihkan, lamunannya mula mengena tepat ke potret kesukaannya yang tergantung
di dinding berhadapan kaunter pembayaran. Ia merupakan potret seorang ibu yang sedang
menyikatkan rambut anak perempuannya, dengan wajah yang tersenyum gembira dan
anaknya pula sedang membaca buku cerita dengan dahi berkerut umpama cuba
menyantumkan abjad-abjad yang baru dikenali. Indah, memang indah sekali memperoleh kasih sayang dari seorang ibu. Dia
juga pernah merasainya. Sudah 6 tahun dia kehilangan ibu dan bapa tercinta.
Potret-potret seperti itulah yang selalu bermain difikiran Ana. Malah lebih
banyak bingkisannya, malah lebih banyak kegembiraanya. Semangat yang hampir
patah itu jua dikuatkan untuk terus melangkah melalui kenangan-kenangan terbaik
ibu dan ayah. Dari situ, fikirannya mula terkenangkan Ain, adik kesayangannya
yang baru sahaja bekerja selepas tamat belajar dari sebuah university terkemuka.
Dia amat berbangga dengan Ain, berkat
usahanya, berjaya membawa adiknya melangkah ke menara gading.
PERJALANAN BARU
“Akak, bila akak nak berhenti kerja? Kesian adik tengok
akak. Apa kata akak sekarang ni fokus study je? Pasal keperluan rumah sekarang
ni, biar Aina pula yang tanggung.” Pertanyaan Aina menghentikan lamunan Ana ketika
mengambil sepaket Nescafe untuk keperluan dapur. Kata-kata Aina hampir
menghasilkan kolam air mata di mata Ana. “Apa salahnya kalau sama-sama kerja
kan?” Kata-kata Ana umpama terselit sedikit keegoan seorang kakak. “Tapi akak tengah belajar lagi, apa salahnya
bagi peluang kat Ain bantu akak, bantu kita. Akak dah banyak berkorban untuk
Ain” Kata-kata Ain mengukir senyuman di
bibir Ana. Kadangkala memang dia terfikir untuk berhenti bekerja, cadangan yang
sama juga diberikan En. Hashim memandangkan café tersebut sudah ramai
kakitangannya. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk dia lebih menumpukan
kepada kerjayanya yang sebenar.“Merepek je adik akak ni, Ain tu bila nak kahwin, kerja dah ada, cari-carilah dik. Umur
kamu tu bukan makin muda.” Ayat Ana dihabiskan dengan gelak tawa kecil.
Perasaan rendah diri memberikan Ana idea untuk menukar topik perbualan.
Namun, cadangan Ana menyentapkan hati Ain. Bukan kakaknya
tidak tahu tentang apa yang terjadi terhadap dirinya selepas pemergian kedua
orang tua mereka. Keadaan yang senyap mengambil tempat. Ain umpama mati bicara,
nasibnya baik kerana dia tidak mati akal. “Akak tu pun, bukan makin muda. Akak
lah kahwin dahulu.” Tiba-tiba kedengaran gelak tawa dari dua beradik.
Mungkin Ana tidak patut bertanya soal itu. dia tidak
sengaja. Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terpacul. “Adik, walau apa pun berlaku
akak akan merahsiakan hal ini. Akak berjanji. hanya kita dan tuhan sahaja yang
tahu. Tidak akan kita jejak lagi kaki ke kampung itu. Lagi pun tiada siapa yang
tahu siapa antara kita yang diperkosa. Cukuplah deritamu satu ketika dahulu.
Jika boleh dikongsi, izinkan akak dik.” Getus hati ana menghentikan
menungannya. Dia akan pastikan adiknya hidup bahagia dengan seseorang yang
dicintai. Mujurlah Faris telah mendapat hukuman yang setimpal.
Barang yang dipilih disorong ke kunter pembayaran. Segala
menu sudah difikirkan. Mereka tidak sabar untuk pulang dan masak bersama.
Mereka bahagia begitu. Arus kehidupan yang berliku menjadikan hubungan mereka
sangat rapat. Lebih rapat dari hubungan adik beradik biasa. Ain tempat dia
mengadu, Ain tempat dia marah, Ain segala-galanya baginya. Dia bahagia hidup
begini. “Ya Tuhan, kekalkan senyuman ini sentiasa di bibir kami,
seseungguhnya
hanya Kau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.”
TABAH
Ain terbangun dari tidurnya pagi itu. seperti biasa,
kakaknya sudah tiada disisi. Kadangkala kakaknya itu bangun untuk awal untuk ke
kuliah dan kadangkala untuk ke bekerja di tempat biasa. Itulah rutin mereka dan
akan bertemu dipenghujung hari, berkongsi apa yang berlaku sejak dini hari. Pandangannya
sudah teralih dari sisi katil ke meja solek. Semua gambar-gambar mereka dan
keluarga ditenung dalam-dalam. Melihat wajah kakak tersayang yang sentiasa
menyimpan kedukaan dalam senyuman. Kadangkala cemburu juga menusuk di kalbu,
dirasakan sesekali diri lebih malang dari kakak sendiri. Perasaan itu
cepat-cepat ditepis. Ia bukan salah sesiapa. Mungkin ini takdir besar yang
sangat menduga. Cukuplah cemburu itu ditepis oleh pengorbanan kakaknya selama
ini. Segala makan pakai disediakan, kakaknya ibu dan kakaknya umpama bapa.
Tidak pernah dirasakan kurang. Ana sentiasa cuba untuk membuat dirinya senyum
ketawa seperti orang lain dan dia juga begitu sebaliknya. Mereka memang saling
melengkapi.
“Kakak, tabahnya hatimu menanggung malu ku, membesarkan
aku, menjaga aku dengan keringat mu. Ingat lagi disaat aku masih dibangku
sekolah, kau diherdik majikanmu. Kau utamakan pelajaranku dari pencapaianmu.
Kakak, jasa mu takkan ku lupakan.” Detik hati Ain seiring suara sepi
disekeliling. Dia sedar dari awal lagi pengorbanan kakaknya itu. setiap kali
ingin membantu, pasti dirinya dimarahi. Dia hanya mampu menurut. “Akak nak adik
belajar, akak nak adik berjaya.” Kata-kata Ana itu sering bermain difikiran Ain.
“Tapi kakak macam mana?” Persoalan itu sentiasa tersusur dari bibir aina dan
seperti biasa jawapan yang diterima. “Akak akan menyusul kemudian. Adik jangan
risau tentang akak.”
Aina mula merasa sesak di hati tiap kali memikirkan nasib
dirinya dan kakaknya. Namun, masa yang di luangkan bersama Ana terlampau lama
sehingga kedukaan itu kabur walaupun ada. Diari usangnya mula diratapi semula.
Diari pemberian ibunya ketika hari lahir yang ke 11 tahun itu tidak pernah
tandus dari sentuhan jari ana setiap hari. Itu pemberian paling bermakna yang
pernah ibunya berikan. Ketika itu dia tidak dapat membaca bahawa diari tersebut
akan menggantikan pemberinya, sentiasa berada di sisi, mendengar luahan dan
rintihan dikala menyendiri.
KENANGAN
Kehidupan mereka adik beradik sudah mula mengukir
senyuman, tidak seperti tahun-tahun sudah yang penuh dengan perit dan getir
tetapi dari situlah mereka mengenal erti kecekalan dan ketabahan.
Cincin ibunya dipandang, dicium. Kenangan bersama
keluarga yang dirasakan seketika itu mula menyelinap kedalam fikirannya. Jika
dulu dia kuat kerana mereka tetapi kerana mereka juga sekarang dia tenang
menjalani kehidupan hariannya. Betapa dia rindu saat bahagia bersama keluarga.
Saat menanam pokok di perlak ibunya, ketika bergurau senda bersama Ain dirumah.
Semuanya masih jelas dalam ingatan.
Tabah Ana menghadapi dugaan hidup diusia yang muda. Hidup
sebatang kara setelah dipandang serong oleh orang kampung membuatkannya
berhijrah ke bandar, mencari sesuap nasi untuk mereka dua beradik sehingga masa
memakan kedukaan. Syukurlah, keputusan STPM yang cemerlang melayakkannya
menyambung pelajaran walaupun usianya tidak sama dengan rakan sekuliah.
Menggenggam segulung ijazah adalah impiannya dan dia tahu itu juga impian ibu
dan bapanya andai mereka masih ada. Tapi jauh disudut hatinya, melihat Ain berjaya
sudah cukup membuat dia melinangkan air mata bahagia yang teramat. Sebesar mana
pengorbanannya tidak mampu mengubah kisah silam Ain.
Satu persatu susunan cerita titik hitam itu dikumpulkan.
Bukan tidak mahu dilupakan tetapi setiap malam sebelum melelapkan mata, ia
tetap menjadi mimpi ngeri yang tidak diundang. Bukan sahaja dirinya tetapi
kadangkala terdengar juga racauan Ain yang tidur disebalahnya. Pukulan
peristiwa itu memang menyakitkan. Jika tempias pun sudah sakit apatah lagi
kepada orang yang merasainya. Badan Ain berpeluh kadang-kadang, jeritan itu
masih sama. hanya istighfar dan pelukan erat dapat menjadikan malam mereka
dilalui dengan tenang.
TITIK HITAM
Kehilangan ibu bapa mereka belum sampai dua bulan, namun
perasaan itu masih menyusuk umpama semalam tragedi itu berlaku. Malamnya tidak
pernah kering dengan air mata, air mata yang disembunyikan dari Ain.
Teringat wajah ibu dan bapanya yang dilihat sendiri di
depan mata, ditarik penyelamat ke benteng sungai. Kereta yang dipandu tidak
dapat dikawal lalu terbabas. Dia dapat merasakan seksa ibu dan bapanya
menghadapi sakratul maut disitu. Bibirnya hanya mampu digumam. Pelukan terakhir
semakin menguatkan esakan. Dia tahu,
untuk melihat adiknya kuat, dia harus kuat. Itulah hari yang mengubah nasib mereka
menjadi yatim piatu.
Motosikal yang ditunggang sudah sampai ke perkarangan.
Enjinnya di matikan jauh sedikit supaya tidak mengejutkan Ain. Langkah demi
langkah disusun menuju ke pintu rumah. Tidak sabar untuk menunjukkan adiknya
baju yang ditempah ibu dan dirinya untuk hari lahir Ain esok hari. Rahsia ini
diharap mampu menambah senyuman buat Ain. Berada disamping Aina sepanjang masa
tidak memberi kesempatan kepada Ana mengambil tempahan yang sudah siap itu di
rumah Mak Midah. Mujurlah Aina sudah tidur sebentar tadi memberi kesempatan
meloloskan diri sebentar. Sudah diberitahu tukang jahit itu, dia akan datang
mungkin bukan pada masa yang sesuai. Perkara itu tidak membuatkan Mak Midah
marah, malah rasa simpati menyelinap ke tubuh tua itu. Pakaian yang dijahit itu
tidak diminta bayaran apa-apa. Kata-kata semangat dan perangsang menjadikan Ana
semakin tabah. Hati itu meskipun sudah tua tetapi tetap merasa simpati terhadap
keluarganya. Masa kan tidak, keluarga mereka sangat rapat dan saling mengenali
lagi-lagi ibunya dan Mak Midah.
Pintu rumah dibuka dengan berhati-hati, langkahnya dijengket-jengket menuju ke bilik.
Sesampai dibilik dia diperlihatkan situasi membeliakkan matanya. Dua pasang baju
kurang terjatuh dari kedua belah tangannya. Adik kesayangan menangis dengan
tubuh hanya dibaluti cadar. Faris dengan muka bengis keluar laju melintasi Ana.
Dengan sekuat tenaga, baju Faris disentap.“Kejam kau Faris, memperkosa adik
kandungku. Di mana janjimu? Kau dayus, kau benar-benar dayus.” Tuduhan Ana
menaikkan kemarahan Faris. “Aku tak tahu mana kurang aku dimata kau? Kau mencabar
kelakian aku”. Faris cuba membela diri. “dan adik aku sebagai mangsanya?” kau
pasti dapat balasan!”kata-kata ana marah tetapi cuba ditahan. Matanya merah
berkolam air. “aku dapat balasan dan maruah adik kau sebagai taruhan.” Faris
menjawab tenang, sindiran yang meletuskan kemarahan Ana. Ingin sahaja pisau
yang terpacak didapur itu dirodoknya ke perut Faris. Kemarahannya terhadap
Faris semakin dirasa tidak mampu ditahan. “baik kau pergi dari sini! Setan! Kau
memang Setan!” Aina dipeluk erat. Titik hitam yang tidak akan hilang dalam
hidup mereka.
Tangisan dua beradik semakin kuat dirumah usang itu. Ana
cuba mengerti dugaan berat yang Allah berikan. Sudah lama ditahan sebak, malam
itu dia menangis sepuas-puasnya tetapi tangisan Aina lebih kuat dari itu.
LANGKAH AKHIR
“Adik, akak sudah ke balai polis pagi tadi. Semua sudah
selesai. Faris dah dipenjarakan. Kita ada saksi. Semalam semasa pertengkaran
akak dengan Faris ada jiran yang terdengar dan terus melaporkan ke balai. Mujurlah
Faris dapat ditangkap sebelum sempat dia melarikan diri. Dia pun sudah mengaku
bersalah”. Penjelasan Ana membuatkan Aina terfikir. “selesai begitu sahaja? polis
tidak mahu ambil keterangan Ain kak?” Ain semakin celaru dengan kata-kata Ana.
”Tidak perl. Sudahlah. Mari kita pergi dari sini. Sini bukan tempat kita lagi.”
Pertanyaan Ain dibalas tenang oleh Ana sambil tangannya cekap mengemas
barang-barang yang sudah disusun rapi. Barang adiknya juga kemas dalam beg yang
berbeza. Langkah-langkah terakhir mereka hanya tinggal kesan ditanah serba
merah itu.
Perbuatan Faris amat melukakan hati Ana. Dahulu, lelaki
itu yang dicintai, tetapi tidak sekarang. Sekarang hanya benci yang menetap di
hati Ana buat Faris. Menolak cinta tidak bererti dia tidak suka. Bodoh, dayus,
memang dayus! Mujurlah kekurangan Faris sudah tertampak dimata membuatkan dia
lebih berwaspada dalam memberi hati. Perasaan yang pada mulanya semakin dalam
terhadap Faris sudah mati. Ain segalanya buat dirinya sekarang, dia menolak Faris
dulu juga kerana Ain, ya, Ain lebih penting.
PAMERAN
Kereta kancil bewarna putih menggelungsur laju di jalan. Hasrat
untuk makan bersama di Restoran Seoul Garden sempena hari lahir yang ke 24
telah dirancang sejak tiga bulan yang lalu. Masing-masing mengenepikan semua urusan,
kerja, belajar dan sebagainya untuk meluangkan waktu bersama hari ini. Angin
pagi itu bertiup sejuk, kelihatan muka-muka awan biru terbentang indah di
langit Tuhan. Udara segar dihirup mematikan akal yang bercelaru. Namun begitu,
segar lagi udara yang pernah dihirup di kampung sendiri. Udara itu tidak akan
dilupakan. Segar sekali, nyaman dengan suasana yang permai. Dia masih ingat
lagi suasana desa itu, perkampungan lama, rumah yang masih mengekalkan cirri
tradisi. Masih diigati lagi rumah kayu lama itu. sejuk sentiasa. Terdapat
ruang-ruang udara yang menembusi dinding-dinding. Kadangkala rasa rindu
terhadap rumah itu mula mengkaburi kenangan hitam. Mungkin kenangan yang manis
diperkampungan itu tidak kurang jika didibandingkan dengan kenangan hitam itu.
dia masih mampu tersenyum mengingati apa desanya itu. ah! Manusia bukan komputer
yang mempunyai butang “delete”, kalau tidak memang dah lama ditekan butang itu,
tetapi manusia boleh cuba untuk melupakan. Melupakan adalah jalan yang terbaik.
Suara di corong radio mula mengambil tempat masuk ke
rongga telinga. Lagu nostalgia
“Malam Bulan di Pagar Bintang” nyanyian P.Ramlee
mula berkumandang. Lagu-lagu begitulah kegemaran dua beradik tersebut.
Kedua-duanya mula memainkan lirik dibibir masing-masing. Sesekali suara besar
P.Ramlee cuba di tiru dan mulalah dekahan dua beradik yang merasakan suasana
menjadi semakin lucu.
Kereta yang dipandu itu sesekali membuat bunyi dikala
terlanggar lubang-lubang kecil. Perkara biasa itu bukanlah masalah besar. Sudah
ada kenderaan kesana kemari pun sudah cukup memanjatkan kesyukuran. Mata Ain
sengaja meneliti satu persatu papan iklan. Segalanya dibaca kuat-kuat dan ada
satu papan tanda yang paling membuat Ain teruja untuk menceritakan kepada
kakaknya.
“Akak, tengok ni, ada pameran lukisan dari Azriq Haikal,
akak kan minat dia.” Telunjuk Aina menunding tepat ke arah banner yang
terpampang di hadapan mereka. Ia betul-betul membuatkan hati Ana teruja. “Adik,
kita singgah kejap mahu? Tidak jauh ni.” Pujuk ana terhadap adiknya. “boleh
juga, lagi pun awal lagi ni kak. Jalan ingat kan jem tadi, awal sangat pula
kita ni.” Ana tersenyum dengan jawapan dari adiknya itu, kereta mereka mula
dipandu kearah yang sepatutnya. Selekoh yang bertentangan di ambil.
Diletakkan kereta di ruangan parkir luar dewan setibanya
disitu. Mujurlah ada lagi yang masih kosong walaupun kesemua tempat parkir
hampir penuh. Aura tidak sabar untuk masuk ke dalam dewan membuatkan Ana
menarik nafas panjang dan dihembuskan sambil mengukir senyuman. Di hadapannya,
sebuah dewan yang terbuka luas menanti kedatangan pengunjung masuk “Disini
agaknya kak, sampai pun kita”. Dari luar dewan sudah kelihatan lukisan-lukisan
hasil karya Azriq Haikal dipamerkan dengan penuh gah, ada yang diletak diatas
paranya dan ada yang diletakkan didinding dihiasi lampu putih disekeliling
lukisan. Teknik pencahayaan menjadikan lukisan-lukisan yang cantik itu
bertambah serinya. Sungguh teliti. Mana tidaknya, satu karya pun sudah mencecah
puluh ribuan ringgit.
“Wah, adik jom masuk. Akak dah lama teringin nak pergi .
asik bertangguh sahaja.” Tangan Ain ditarik kuat. Ana semakin tidak sabar untuk
melihat hasil karya terbaharu dari pelukis kegemarannya itu. Tidak tahu sejak
bila dia mula meminati seni lukis. Dia bukanlah pakar dalam dunia seni ini,
kalau setakat asas dalam melukis, tahulah. Apa yang menarik minatnya apabila
dia mula mengkaji detik pertama dia melihat sesebuah lukisan itu. Lukisan-lukisan
dari Azriq umpama bayangan kepada sebuah kisah. Hasil seninya sungguh indah dan
tersendiri. Melihat wajah Azriq pertama
kali terpampang di laluan masuk dewan sebentar tadi mengingatkan Ana kepada
seseorang.
Ain mula membebel seorang diri sambil melihat lukisan
berlatarkan perkampungan, dan Ana tertarik dengan sebuah lukisan lain. Mereka
berpisah sementara. Langkah sudah tidak seiringan. Lukisan pokok besar yang
terdapat ditengah-tengah gambar pemandangan di sekitar kawasan pergunungan
telah menimbulkan keunikan terhadap lukisan tersebut dan membuatkan Ana
mentafsir sendiri.
“Pokok tu yang saya
nak tumpukan, bukan perkampungan di belakangnya. Hmm.. hye..” suara yang umpama
takut-takut menegur itu mengejutkan Ana yang fikirannya sudah melayang entah ke
mana. Pandangannya terus teralih kea rah suara itu. “Awak??” kali ini dia
betul-betul terkejut. Terkejut melihat apa yang ada didepan matanya. Dia umpama
meraba-raba semula memori yang masih segar. Baru semalam dia bertemu lelaki
yang menegurnya itu. Baru dia teringat, Azriq Haikal adalah orang yang sama.
Ya, dia memang orang sama. Pelanggan tetap tempat dia bekerja. Idolanya
sentiasa ada didepan mata tanpa dia sedari.
“Kakak! Tengok ni..!” jeritan Ain mendapat perhatian Ana,
kali ini dia sekali lagi dikejutkan dengan apa yang ada di jari telunjuk Ain.
Sebuah lukisan potret seorang wanita yang sedang melukis dan sedang tersenyum.
Tetapi matanya berkolam air. Wanita itu sedang duduk dibangku sambil melukis
sesuatu. Melukis alam ciptaan tuhan yang
sangat indah dan wanita itu adalah dia! Wajahnya!.
“Wow.. awak ada kembar?” pertanyaan Azriq hanya mampu
dibalas dengan senyuman oleh pasangan kembar tersebut. Kali ini wajah Azriq
pula yang terkejut. Senyuman kepada Ana dibalas manis. Ternyata dia masih mampu
membezakan keduanya.~