Tuesday, November 30, 2010

dentuman kedengaran..

al kisah disebabkan internet.. apabila wireless terhenti oleh sbb2 t'tntu, idup aku mula menggelabah.. aku snggup wt ape saje utk tenet ni.. kisahnye bermula apabila aku mula redha yg ari ku ini mmg xde tenet tp ttbe adek aku tunjuk kat aku sejenis objek kt tgnnye yg menyebabkan aku terpegun (dikelilingi dgn pncrn cahaya ntah dr mane2).. "broadband!!".. ttbe je die lari keluar umah pas tunjuk kat aku.. aku pn ape lg.. keja la dia.. " abang! ak nk broadband!".. (slllrrrrp) kaki aku tergelincir lalu terdengar dentuman yg kuat.. saketnye kpale aku..... terkaku sebentar di lantai luar.. hmm..

  • saba jela.. slh aku jgk yg xati2.. lpe pulak baru lpas ujan.. mane xlicin.. kurasekan kpaleku masih mereng sehingge ke hari ni..

p/s: hentikan sikap keanak2kan ok..

Jabatan Kesenian..


ni lah 2 perkataan yg telah menghantui idup aku sejak 2 ari ni menyebabkan idop aku sedikit porak perande. aku dpt jbtn kesenian melayu. bukan xminat tapi aku dh try take it positively as a new knowledge that i will learn tp... ttbe rase ssh pulak time nk mengapalnye utk exam. ke.. thp penghafalan aku sudah jth standardnye berbanding mase lampau? (adakah kismis memainkan peranan penting?) rse xfeeling smcm je stdy bout art. mcm xkene je dgn jiwe aku yg separa xbt0l ni.. tgk mke aku pn mmg mke xde seni kan. isk3.. hope they will give me opportunity to change my department.. try je la kan interview.. who knows ak akn dpt. tp klau xdpt xpela.. redha jela ttg ktentuan yg x dijgke ni.. hnye tuhan yg tau ape yg terbaik utk kte kn.. :) smile2

Wednesday, November 17, 2010

Kisah Nabi Ibrahim.. antara cinta dan pengorbanan..


Nabi Ibrahim AS. adalah salah seorang Nabi yang termasuk ke dalam ulul ‘azmi, iaitu golongan Nabi yang memiliki kesabaran lebih dibanding manusia biasa. Beliau juga dikenal sebagai abul adyan (baca: bapa agama). Beliau adalah pengembara spiritual (pencari Tuhan) sebagaimana dikisahkan dalam surah al-An’am ayat 75-76.

Kesabaran beliau dapat kita ketahui melalui penulusuran kisah hidupnya. Salahsatu kisah yang menggambarkan kesabaran beliau adalah kesabaran beliau dalam penantian menunggu kelahiran seorang anak setelah menikah dengan Siti Sarah (isteri pertamanya). Dan kesabaran beliau dalam melaksanakan perintah Allah Swt dan setelah memiliki anak.

Kala itu Nabi Ibrahim As. dengan sabar menunggu karunia Allah Swt.. Sampai tibalah suatu waktu, dengan kerelaan isteri pertamanya ia menikah dengan Siti Hajar (isteri kedua). Dari pernikahannya yang kedua inilah, ia dikaruniakan anak lelaki yang diberi nama Ismail.

Namun kebahagiaan sebagai seorang yang dirasakan Nabi Ibrahim bersama Siti Hajar kembali diuji oleh Allah Swt.. Ia diperintahkan untuk mengasingkan Siti Hajar serta Ismail yang masih bayi ke bukit Shafa yang gersang nan tandus. Tempat yang jauh dari pemukiman penduduk. Tidak mustahil banyak terdapat binatang buas di tempat tersebut. Tetapi dengan penuh ketaatan dan kesabaran berangkatlah Ibrahim mengantarkan isteri dan puteranya ke tempat tersebut. Kemudian meninggalkan mereka di bukit tersebut.

Selang beberapa waktu Siti Hajar dan Ismail ditinggalkan Nabi Ibrahim, ujian menyapa mereka. Ismail merasakan kehausan.Persediaan minuman serta makanan telah habis. Ditambah lagi air susu sang ibu tiada. Namun, Ismail belum cukup faham dengan keadaan ibunya dan tetap menangis.

Siti Hajar pun diliputi kebingungan. Secara logik, di bukit gersang dan tandus sangat sukar utk mendapatkan air. Tapi agungnya pengorbanan seorang ibu tidak terhalang oleh hal demikian. Dengan gigih Siti Hajar berlari-lari kecil (sa’i) menuju bukit Marwah. Dalam pandangannya, ia melihat genangan air di bukit tersebut. Namun, setelah didatangi ternyata yang ia dapati hanya fatamorgana. Lantas ia pun kembali lagi ke bukit Shafa karena setelah tiba di bukit Marwah ia melihat genangan air berada di bukit Shafa. Tapi yang ia dapati fatamorgana jua. Tanpa disedari, Siti hajar telah berulang alik antara Shafa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Berlari-lari kecil (baca: sa’i) ini menjadi syari’at umat Nabi Muhammad saw., sebagai salahsatu rukun ibadah haji.

Setelah cukup lelah berulang alik sebanyak tujuh kali antara Shafa dan Marwah, tiba-tiba ia melihat pancaran air dari tanah bawah. Tepat pada bekas jejak kaki Ismail. Air tersebut terus memancar keluar dari permukaan tanah. Sehingga menjadi genangan. Melihat genangan air yang semakin besar itu, Siti Hajar bersyukur atas anugerah Allah tersebut dan berkata pada air itu, “zam zam ya al ma’u” (kumpul, kumpul wahai air). Air tersebut membentuk genangan yang semakin lama semakin besar semacam sumur. Hasilnya, ronta dan tangis kehausan Ismail pun dapat terubat dengan air yang penuh barkah. Bahkan sampai saat ini, air tersebut masih tetap memacarkan berkah bagi semua peminumnya dan tidak pernah kering walau sudah ramai orang meneguknya selama berabad-abad.

Beberapa tahun kemudian Nabi Ibrahim mendapat perintah dari Allah melalui mimpi untuk menyembelih puteranya Ismail. Tepat ketika Ismail telah tumbuh menjadi anak remaja yang ceria dan mulai terampil membantu sang ayah bekerja. Namun dengan kesabarannya, Ibrahim menyampaikan perintah Allah tersebut yang didapat melalui mimpinya kepada Ismail dengan diliputi perasaan gundah, “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”. Ismail menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah bapa akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.” (Q.S. Ash Shaaffaat:102).

Tatkala keduanya telah bersepakat melaksanakan titah Yang Mahakuasa, mereka pun pergi mencari tempat untuk melaksanakan penyembelihan. Tetapi kemudian godaan datang dari syaitan, mereka (Ibrahim dan Ismail) dipengaruhi supaya tidak jadi melaksanakannya. Tetapi dengan komitmen yang kuat mereka berdua tetap akan melaksanakan perintah Allah tersebut. Sampai Ibrahim melempar batu mengusir syaitan di beberapa tempat. Inilah asal mula disyari’atkannya lempar jamrah pada saat ibadah haji.

Setelah tiada lagi yang mengganggu, Ibrahim membaringkan anaknya. Dengan penuh kesabaran dan ketaatan, Ibrahim pun menempelkan sebilah senjata tajam (sejenis golok) ke leher Ismail. Puncak penyerahan diri yang optimal kepada Allah. Namun yang terjadi di luar dugaan mereka. Ketika senjata tajam digesekan ke leher Ismail, Allah menggantinya dengan seekor gibas (sejenis domba) yang besar. Demikian ini menjadi sunnah ibadah qurban yang kita laksanakan pada hari ‘Idul Adha dan tiga hari berikutnya.

Demikian kisah yang dialami keluarga teladan dalam mencapai ketaatan pada Yang Maha berhak ditaati. Pengalaman sang ibu yang diasingkan, ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih buah hatinya yang telah lama didambakan serta sang anak yang merelakan diri untuk disembelih.

Mudah-mudahan kita dapat meneladani kesabaran, ketaatan serta pengorbanan di jalan kebaikan yang telah dicontohkan oleh Nabi Ibrahim As. dan keluarganya. Wallahu a’lam bis showab.

C!nT@..

  • ble kte syg sum1, kte owes nk dia nmpk perfect.. wt ape yg kte nk dia wat utk kte, bahagiakan kita.. dgn harapan yg tinggi sgt. dlm masa yg sama klau sume 2 xtelaksana, hati kita yg saket..
pedihnya cinta 2..

  • ble kte bahagia dgn dia, kita epi sgt.. klau b0le nk senyum 24 jam. tp bila ati kte disakiti, perasaan dlmn 2 mcm kne cucuk2 je dgn pisau..
saketnya cinta 2..

  • ble ati kte disakiti, mulalah kte pk mcm2.. cinta dia dh xde lah, dia ad p0mpuan lain lah, dia dah berubah lah, kte ni dh xpenting lg lah.. perit sgt klau bygkan sume 2..
sedihnye cinta 2..

  • ble sume ni dh blaku kte pn mulalah nk cari perhatian.. xjwb msg, xjwb kol lah, tutup fon lah (sdangkan asik bkk balik je cek), saje abeskan kredit sndri lah sbb takot kte yg jatuh ego dlu minta maaf.. kgkdg smpai mintak clash sbb geram sgt.. sdgkan dlm ati Tuhan je tau btape kte syg kt dia n nk ok balik mcm biase..
nape cinta mcm 2..

kesimpulannya.. jgnlah becinta klau xnk saket.. :(

p/s: cinta itu bukan memiliki tetapi memahami.. (prinsip yg ak susah sgt nk ik0t. he)

Sunday, November 14, 2010

Kasih Nadia..

Nadia mengoles sedikit warna merah dibibirnya. Keayuan wajahnya terserlah dengan solekan yang nipis. Petang itu dia mengenakan pakaian merah hati pemberian Adam satu ketika dahulu. Mungkin sudah tiga tahun berlalu, tetapi dirasakan seperti baru semalam semuanya berlaku, dirasakan baru semalam dia menjadi milik Adam. Hari ini, genaplah tiga tahun rumah tangga yang didirikan bersama Adam, dan Nadia tidak pernah lekang dengan idea untuk merancang sesuatu yang istimewa buat suaminya.

"i really got something special for you sayang.. just wait for me okay.." Nadia bersuara sambil melihat dua tiket pelayaran cruise beserta sekotak coklat ferrero rocher berbentuk hati disebelah tempat duduknya. Dia pasti, kenangan yang indah akan dilalui tidak lama lagi bersama Adam. Ketika bercinta 5 tahun lepas, mereka amat teringin untuk berlayar bersama sebagai percutian impian, namun sejak berkahwin, kesibukan masa membataskan segalanya. Sehingga sekarang Adam sentiasa sibuk dalam urusan kerja hingga kadangkala terlupa tarikh-tarikh penting mereka. Mungkin itulah kelemahan Adam yang dapat dibaca Nadia. Termasuklah hari ini, Adam tidak langsung menunjukkan apa-apa perbezaan dan sikapnya sama seperti hari-hari biasa sebelumnya. Walaupun kadangkala terluka, namun, kelemahan Adam itu memberi ruang kepadanya untuk merancang sesuatu.

Kereta Toyota Vios berwarna silver meluncur laju diatas jalan. Nadia tidak sabar untuk bertemu Adam. Kedatangannya tidak diberitahu kerana dia mahu membuat kejutan kepada Adam di pejabat.

Setelah sampai Nadia bingkas menyorokkan hadiah untuk suaminya ditempat duduk belakang lalu keluar dari kereta dan terus menaiki anak tangga ketingkat dua. Satu-persatu anak tangga dijejaki sehingga langkahnya terhenti di hadapan bilik Adam. Nadia menarik nafas panjang lalu dipulas tombol pintu.

"Sayang.. Nadia da.." kata-kata Nadia terhenti apabila melihat sesuatu yang menghancurkan hatinya petang itu..

Adam terpaku melihat Nadia didepan pintu biliknya.. Nadia mematung seolah-olah terbeku oleh kejutan yang baru diterimanya.

Adam berjalan pantas kearah Nadia lalu ditarik tangan isterinya dan terus dibawa turun dari pejabat terus kedalam keretanya.. Adam memandu laju tanpa arah. Mata Nadia mula berkolam.

"Nadia kenapa datang tak beritahu abang?" Adam bertanya dengan nada tenang.

"Adam kalau Adam rasa Adam tak perlukan Nadia lagi dalam hidup Adam, Adam tinggallah kan Nadia. Nadia dah cuba jadi isteri yang baik. Tapi apa Nadia dapat? Adam curang belakang Nadia. Dah la Dam, tak payah berpura-pura lg.. Nadia rasa cinta Adam dah tak macam dulu. Adam dah berubah.." Sebak di dada Nadia semakin menghimpit. Genangan air mata masih tidak mampu mengubati sakit hati yang dialami.

"Yang Nadia nampak tadi bukan sesiapa! dia P.A abang.. macamlah Nadia tak kenal.." Adam cuba membela diri.

"Perlu ke sampai berpegang tangan??" tangisan Nadia semakin deras.

Kereta yang dipandu semakin laju menyusur jalan. Adam semakin diam, dia sedar akan kesalahannya. Dia tak pasti apa yang telah merasuk jiwa lelakinya sebentar tadi. Hatinya semakin pilu melihat Nadia. Namun, keegoaannya menjadikan kemaafan yang ingin diluahkan hanya tinggal niat. Jiwanya celaru.

"Ceraikan Nadia!! kalau tak, Nadia yang akan tinggalkan abang! Nadia akan tuntut fasakh," Nadia bersuara tegas..

Kata-kata yang dikeluarkan mengundang kemarahan Adam.
"Apa ni?? takkan tak boleh bawa binn..."

Kata-kata Adam terhenti di situ, keretanya tiba-tiba tidak dapat dikawal.. dalam kegelapan, kelihatan cahaya yang makin mendekati diarus berlainan..

"granghh!!" kedengaran bunyi pelanggaran yang kuat.

Dia mula merasakan dirinya kesakitan.. terlihat wajah Nadia yang dibasahi darah.. matanya perlahan-lahan tertutup dengan tatapan terakhir itu..


Dua minggu kemudian..

"Nadia..!"

Jeritan Adam mengejutkan sekeliling. Adam terpaku.. dia cuba memerhati, namun kegelapan semakin menguasai pandangannya..

"Adam... syukur Adam dah sedar. Abang, Adam dah sedar!" jerit Mak Siti kpd suaminya yang terlena diluar bilik hospital. Mak Siti terus merangkul Adam dengan erat. Terlihat butiran air mata berlinangan di pipi. Kegembiraannya tidak dapat disembunyikan lagi. Kesyukurannya terhadap ilahi membatasi segalanya.

Kasih pelukan ibu membisukan Adam. Dia mula mengingati apa yang berlaku. Ingatannya yang kabur makin memulih.

"Mak, Nadia mana mak?? dia okay tak?? kenapa Adam tak nampak apa-apa?" Pelbagai soalan menghujani fikiran Adam.

"hmm.. Mak harap Adam bersabar.. mata Adam termasuk kaca semasa kemalangan.. Adam.." Mak Siti semakin sebak..

"Adam apa mak?? Adam buta??"

Adam hanya mampu mendengar tangisan ibunya itu.. Dia cuba mengawal perasaan.. Satu nikmat Tuhan telah ditarik. Mungkin ini balasan Tuhan untuk dirinya..

"Sudahlah mak.. mungkin ini suratan takdir. mak.. mak tak jawab tadi.. Nadia mana mak?"

"Nadia okay.. dia cedera ringan.. sekarang tengah berehat di rumah. tapi.."

"Tapi apa mak??"

"Tiada apa.. kamu berehat dulu ya Dam.."

Kata-kata ibunya yang mengatakan Nadia selamat sudah cukup menenangkan hati Adam..

Adam sudah dibenarkan pulang keesokan harinya. Rasa rindu untuk bertemu isterinya semakin membuak-buak.

Setibanya Adam dirumah, pimpinan ibunya dilepaskan. Dia tidak sabar untuk bertemu isterinya. Puas dia memikirkan semalaman. Kalau boleh, ingin sahaja dia bersujud dibawah kaki isterinya itu untuk segenap kemaafan.

"Nadia! Nadia! mana kamu sayang? abang dah balik.."

Laungan Adam tidak bersahut. Mungkin pandangannya tidak nampak, tapi hatinya dpt merasakan.. Nadia memang tiada disitu. Dia tahu, walau marah bagaimanapun, isterinya pasti akan menyahut panggilannya. Itulah Nadia yang dikenali.

"Mak, Nadia mana mak?" dengan hati yang keliru dan sedih, Adam bertanya.

"Sebenarnya Dam.. Nadia dh berangkat ke Armsterdam. Selepas dia tahu Adam dah sedar, dia terus pergi. Adam tahu kan Nadia nk lanjutkan pelajaran kat sana? mak cuba menghalang tapi dia berkeras utk pergi.." Mak Siti menjawab dgn penuh kekesalan.

Suara ibunya itu mematahkan harapannya. Tidak kesampaian dia memohon maaf bersemuka isterinya pada hari itu dan sekali lagi dia terpaksa menahan rindu yang melambung.

"Kenapa mak tak halang? kenapa mak.."

"hmm.. mak dah cuba Dam.."

"Ataupun dia tinggalkan Adam sebab Adam dah buta??"

Mak Siti hanya mampu membisu.. Perasaan Adam bercampur-baur. Dia marah, dalam masa yang sama dia kesal. Dia sedar semua ini terjadi disebabkannya. Mungkin Nadia dah bencikannya. Ditambah lagi dengan dirinya yang cacat sekarang, atau mungkin kesalahan yang dilakukannya sukar untuk diterima dan isterinya pergi untuk mencari ruang sementara waktu. Dia tahu, cacat cela bagaimana pun dirinya, dia pasti, Nadia tidak akan meninggalkannya kerana itu pernah dijanji Nadia.

"Tak mengapa Nadia, abang akan tunggu kepulanganmu.." detik hati Adam.

"Mak, Adam nak rehat dulu dalam bilik.."

Menyedari kemahuan Adam, Mak Siti lantas memimpin tangan anaknya itu dan dibiarkan Adam bersendirian di bilik.

Dua jam berlalu. Adam masih tidak terlena, fikirannya hanya pada Nadia.. segala kenangan-kenangan manis dari saat pertama berjumpa semakin terbayang dimata.. Adam tersenyum sendirian.. dia teringat kata-kata yang pernah diluahkan isterinya..

"Adam, walau apa berlaku.. cinta Nadia hanya untuk Adam.. Nadia tak b0leh hidup tanpa Adam.. terima kasih datang dalam hidup Nadia.."

"Happy annyversary syg.. cantik x bunga ni? it just for you.. lepas ni kita candle light dinner okay.. Nadia dh msk special utk abang."

"Adam, pergi mana tadi? satu rumah Nadia cari. Jangan tinggalkan Nadia, Dam.. Nadia takut.. jangan tinggalkan Nadia walau sesaat pun.. please.. promise me.."

"Nadia cinta sangat Adam.. pernah tengok lautan tak? lagi dalam dari tu.. pernah tengok awan tak? lagi luas dari tu cinta Nadia kt Adam.."

Kata-kata Nadia menghentam kerinduan Adam yang semakin dalam.. dia rindu senyum, tawa Nadia.. wajah ayu Nadia.. dia rindu.. mungkin dia tidak dapat melihat semua itu lagi.. namun, dia masih ingin mendengar suara Nadia, dia masih ingin menyentuh wajah isterinya itu..

Apa yg berlaku sebelum pergaduhan itu bukan dirinya, dia hanya terkaku dengan kelakuan pembantunya yang memegang tgnnya secara tiba-tiba. Dia berasa bodoh sebentar kerana tidak menepis. Nadia yang hadir tanpa diduga amat mengejutkan dirinya.

Jauh disudut hati Adam, dia terlalu mencintai Nadia. Dia pernah berjanji utk hidup bersama Nadia hingga ke akhir hayat. Dia nekad untuk memenuhi janjinya itu kepada Nadia. Tak kesahlah apa yg akn terjadi, dia tetap dgn pendiriannya untuk memujuk dan memenangi semula hati isterinya.. dia yakin Nadia pasti akn menerimanya. Nadia seorang yg pemaaf.. dia amat arif tentang Nadia.. mustahil Nadia akan terus membencinya.

Dengan khudrat yang ada, Adam bangun dari katil, diraba-raba dinding mencari pintu keluar. Dia mahu bertanya ibunya cara untuk menghubungi Nadia. Dia tidak sabar untuk memujuk dan mengembalikan kegembiraan Nadia dahulu. Dia mahu kembali bahagia seperti sedia kala bersama Nadia. Hatinya seperti dibius semangat yang berkobar-kobar.

Tetapi.. langkah Adam terhenti di muka pintu.. terdengar suara yang sangat dikenali hinggap ke telinganya. Adam cuba menghayati perbualan itu..

"Sampai bila kita nak tipu dia? Satu hari nanti Adam akan tahu juga Nadia dah tiada.."

"Saya pun tak tahu lah bang, saya tak sanggup tengok keadaan Adam kalau dia tahu pasal hal ni nanti. Satu persatu dugaan melanda. Dia akan tahu.. tapi bukan sekarang masanya.." Mak Siti menjawab pertanyaan suaminya dengan nada tenang.

Adam rebah.. perbualan ibu dan bapanya dirasakan seperti sejumlah kaca sedang menusuk hatinya yang masih terluka. Air mata tidak dapat ditahan lagi dan terus mengalir dari kelompak mata Adam. Ingatannya tentang Nadia semakin kuat. Kalaulah ini satu mimpi.. alangkah baiknya.. kalaulah masa boleh dipatah balik, kalaulah dia sempat memohon kemaafan, kalaulah dia sempat meluahkan perasaan cintanya terhadap Nadia ketika itu.. tetapi tidak.. inilah takdir kehidupan yang semakin perit dilaluinya. Dia teringat wajah Nadia ketika kali terakhir dilihat.. mata Nadia tertutup dengan air mata yang masih belum kering di pipi.. air mata itu berpunca darinya..

"Ya Tuhan.. kejamnya aku.." Adam beristighfar dalam mencari kekuatan bagi mengharungi kesedihannya petang itu.

Adam keluar dari bilik dengan mata yang masih berkolam...

"Mak, bawakan Adam ke kubur Nadia sekarang mak.. Adam mohon.. Adam dah tahu semuanya.."

"Adam.. Mak minta maaf.. Mak terpaksa sembunyikan semua ni.." Mak Siti merangkul kuat anaknya dengan tangisan yang deras dengan harapan Adam akan terus tabah mencari kekuatan.

Mak Siti membawa Adam ke kubur Nadia.. Dipimpinnya Adam keluar dari kereta sehingga ketempat yang dituju. Sedih melihat anaknya mengharungi dugaan besar dalam hidup. Mak Siti membiarkan anaknya bersendirian disitu.

Batu nisan Nadia digenggam kuat. Hati Adam kuat dipukul kekesalan tetapi dia redha dengan ketentuan ilahi.

"Nadia, abang minta maaf.. abang tak sangka Nadia betul-betul tinggalkan abang kan.. mungkin ini suratan takdir. Terima kasih atas segalanya Nadia.. Nadia dah banyak bagi cinta dan pengorbanan kepada abang. Tapi abang banyak sakitkan hati Nadia.. maafkan abang.. abang bahagia sangat bersama Nadia walaupun kita tak dapat hidup hingga kehujung nyawa, namun cinta kita akan berkekalan selamanya kan Nadia.. tiada siapa boleh gantikan tempat Nadia.. Nadia, Nadia tak cuba tapi Nadia memang isteri terbaik abang.. cinta abang, kasih abang, hanya untuk Nadia.. tak pernah berubah dari dulu sampai bila-bila. Nadia, abang dah tak boleh nampak.. tapi abang besyukur sangat sebab abang pernah tengok sesuatu yang paling indah didunia ini iaitu isteri abang, Nadia. Kenangan bersama Nadia akan terus menghidupkan Abang.. terima kasih sayang.."

Mak Siti melihat dari jauh situasi yang menghimpit naluri keibuannya itu. Hadiah buat Adam dari Nadia untuk ulangtahun perkahwinan mereka dikonyok dan dibuang jauh-jauh. Hatinya sakit menahan sebak. Dia tahu, itu impian terbesar mereka yang tidak kesampaian~







Friday, November 12, 2010

19 keistimewaan wanita.. :)


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seperti orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam syurga.

6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.

7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila yang memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).

12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )

15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Thursday, November 11, 2010

Salam takziah.. :(


  • Takziah kepada angah n abg zaem atas pemergian bayi kedua mereka dari mira n keluarga. Xdinafikan mmg sedih sgt ble pk. tp lagi sakit yg mengalaminya sendiri kn.. Diharapkan angah n keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ni.. Allah S.W.T xkan menduga ujian yg melebihi bts daya hambanya.
kata-kata hikmah...
  • Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari dan menggantikannya dengan guruh, kilat dan petir. Kita tertanya-tanya kemana pergi matahari. Puas kita tunggu dan menangis.. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah..
This beautiful story is 4 angah n abg zaem...

Pada zaman Rasullulah S.A.W terdapat seorang sahabat yang jahil, pemabuk dsb (mmg jht la jgk). Namun begitu, beliau telah mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Beliau telah menikah dan tidak lama selepas itu, Allah S.A.W telah mengurniakan kpd pasangan tersebut seorang cahaya mata.

Sahabat nabi tu merupakan seorang yang rajin datang ke masjid untuk solat berjemaah. Pada suatu hari, Nabi perasan bahawa sahabatnya tidak datang ke masjid. Hal itu merupakan perkara yang pelik kerana bukan kebiasaan sahabatnya untuk tidak hadir berjemaah. Nabi bertanya kepada jemaah yang lain dan mendapat tahu bahawa beliau baru sahaja kehilangan anaknya..

Selepas pulang dari masjid Nabi terus berkunjung ke rumah beliau dan bertanya.. "mengapa kau tidak hadir untuk berjemaah?". Beliau menjawab "Allah berlaku tidak adil padaku, aku sudah beribadah dgn bersungguh-sungguh. selepas itu, dikurniakan anak.. aku tingkatkan ibadahku kepada-Nya. namun dengan mudah anak aku dipanggil oleh-Nya." Sahabatnya bercerita dgn emosi yang cuba ditahan. Kemudian Nabi berkata "mahukah kamu aku berikan khabar gembira?"

Lalu nabi menceritakan "Nanti bila tiba saat matahari tepat diatas (dipadang masyar), disaat semua merasa dahaga yang teramat, datang seorang bayi membawa segelas air dan cuba direbut dan dijangkau oleh orang lain namun tidak dapat (kerana bukan milik mereka), Kemudian dibawakan air itu kepada seseorang dan memberi minum kepadanya dan tunggu ditempat orang tersebut sehingga malaikat memanggilnya untuk pulang (ke syurga). Tetapi bayi tersebut tidak mahu sambil berkata 'Aku tidak mahu kembali ketempatku tanpa orang tuaku.' Jawapan yang sama diberikan setelah 3 kali ditanya oleh malaikat. sehinggalah satu saat Allah memberi perintah.. 'Pimpinlah orang tua mu ke syurga.'"

Rasullulah S.A.W menceritakan bahawa bayi tersebut merupakan anak-anak yang meninggal dunia ketika kecil dan orang tuanya sabar sewaktu ditinggalkan...