Sunday, July 10, 2011

aku tau aku xpakar...


isk.. orang melayu ke 2??

oleh kerana aku ingin membincgkan sesuatu yang perlu menggunakan perterjemahan yang serius, aku nak jd seakan-akan cg bm ye..

hal diatas merujuk kepada perhimpunan haram yang mula mengambil tempat didada-dada akhbar dewasa ini. aku tahu aku xpakar dalam hal berpolitik tetapi perkara ini mula mencuri perhatianku apabila pandanganku sebagai rakyat biasa mula merasai fenomena hebat yang melanda negara kita.

namun hebat sangatkah fenomena ini? baik sangat kah demonstrasi ini?

mungkin ada dikalangan kita yang tidak minat dalam isu politik, namun Rasullullah s.a.w sendiri pernah mengatakan bahawa politik itu juga penting. negara kita memang demokrasi. apa makna demokrasi?? TAHUKAH KITA APA SEBENARNYA ERTI DEMOKRASI??

demokrasi adalah bentuk pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir sesebuah negara.. kita yang memilih pemimpin kita.. setiap org mempunyai hak 1 undi dalam pilihan raya. tercabulkah hak itu? apa buktinya?? sedangkan teknologi semakin membataskan kekurangan itu.

Apa perlunya mempertikaikan isu demokrasi melalui demonstrasi? tidakkah demonstrasi, rusuhan itu jika dilihat dari pandangan kasar juga lebih banyak membawa kesan-kesan negatif dari positif dan salah satunya melumpuhkan ekonomi negara. sektor pelancongan misalnya lumpuh dan untuk memulihkannya bukan mudah tetapi memakan masa berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk dipulihkan dek kesan sehari yang malang. apa yang kita dapat?? memberontak di tengah jalan? melempiaskan kemarahan?? kepada siapa?? kepada kerajaan yang dipilih sendiri oleh kita?? kalau tak berpuas hati sangat, tukarlah kerajaan.. segalanya ditangan kita.. jangan salahkan kerajaan kerana kekuatan kumpulan sendiri yang tidak kuat.

memang sudah dikatakan haram.. kalau ada diatasnya peguam, tidakkah mereka tahu bahawa pendaftaran diperlukan untuk sesuatu persatuan.. memang kita bebas bersuara, bebas berhimpun.. tetapi harus kena pada caranya.. kalau sudah membabitkan isu keamanan negara sehingga membawa imej hitam ke negara luar, bagus sangat kah perhimpunan itu? menegakkan sesuatu yang kecil sehingga melupakan badai yang besar?

berpuluh, beratus kali diberi amaran, jgn datang, jangan berhimpun, jangan berbaju kuning.. mengapa diingkari? mengapa polis, FRU dipersalahkan padahal sudah diberi amaran keras? apabila sudah diambil tindakan, ditangkap, disembur pemedih mata, mulalah memekik melolong kata itu, ini.. salah siapa? siapa yang mulakan? yang menjebakkan diri itu mengapa?? habis itu polis nak buat apa?? senyap dan biarkan sehingga ada campur tangan anasir luar? begitu?? bukankah lagi padah?? dijajah kembali?? sudahlah pemikiran sudah dijajah luar, inikan negara? mana identiti kita? ingin lebih pudar sedangkan sudah pudar? apabila benda sudah jadi, salahkan kerajaan dan cakap "inikah kerajaan yang mendahulukan rakyat??".. lucu.. sangat lucu.. apabila kerajaan perlu mengutamakan 6000 rakyat berbanding berjuta yang lain untuk menutup mulut ekstremis yang bercakap berbanding berjuta yang diam.

politik itu kotor, dan sentiasa kotor.. bersih sangat kah nanti kalau kerjaan bertukar? kalau sekarang apa yang YDP sendiri cakap pun tak mahu dengar, kerajaan apa yang mahu ditubuhkan nanti?? kerajaan kepala sendiri?? fikir2kan lah wahai anak bangsa.. cari identiti.. teguhkan apa yang rapuh.. carilah keadilan dan bukan kesamarataan.. dua perkataan yang hampir sama namun maksudnya ibarat langit dan bumi..

Dalam berjuta rakyat tidak semua mempunyai pandangan yang sama.. pembangkang tidak dinafikan amat penting untuk memastikan kerajaan sentiasa dilandasan yang betul dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.. mohon kemaafan jika apa yang diperkatakan hanyalah ilmu yang sesudu dari sebelanga.. saya tahu saya tidak pakar..

p/s: imam syafie pernah berkata "aku boleh berbahas dengan 10 orang ilmuan tetapi bukan kepada seorang yang jahil kerana sesungguhnya yang jahil itu tidak tahu landasan ilmu.."

1 comment:

  1. hehe... ulasan yang agak memberangsangkan..

    ReplyDelete