Wednesday, September 19, 2012

modelling session..



korg jgn slh phm.. bwh ni bkn rania al-habibi tp mira mustaffa yer.. ntah macam mana mua2 ku mekap, dh jd mcm arab dh aku. kan best klau bole terus speking arab. haha..




this one the best shot.. (lpas kne marah byk kali)


yeah.. arabic sudah..



baju ni di sponsored oleh gojess shopp.. mmg best. (kasot 2 mmg xnk kalah, 2x tulang rasa nk retak)


ni mmg main2. baju sdn. bhd keyh..


ni rakan yg skali shot hari 2.. 17 baru umo dia. muda lg..


ha.. nilah mua sy, mazz.. dh kamcing dh. :)


haha.. ada gaya x?

p/s: pape pn, fotoshoot ni amat memberi kngn paling indah kpd diriku yg kuat brgn ni.. :) peace..

Monday, August 13, 2012

semot2..


ha... ape yang unik dgn semut depan giant ats jln tar ni? klau perasan, badan dia hitam+oren.. unik sgt2 ciptaan Allah ni.. hebat~  2 yg tgkp 2 dgn penuh bersemangat, menolak tepi troli, megeluarkn fon utk tgkp gmba smbil berlari ala2 etlit.. (pdhl tgh tunggu org sbb kne tinggal)

jangan tamak2~~



p/s: agak2 nk beli 1 ke? nk guling2 je jmpe ni,,

Tuesday, June 26, 2012

simbol pakaian~

baiklah, sejak kebelakangan ni aku rase esemen ak menarik dan harus dikongsikan bersama. (mke bangga). kajian kali ini yang aku buat bertajuk simbolik pakaian Melayu (teori antropologi simbolik), sila2 lah baca utk menambah pengetahuan anda dan menerapkan kebudayaan Melayu dalam diri dan keluarga. Jgn lupa sampaikan kat anak cucu nanti ye.. :)



TEORI ANTROPOLOGI SIMBOLIK
 Antropogi simbolik adalah teori yang mengkaji tentang simbol dan lambang dalam konteks sosial atau masyarakat.Teori ini muncul pada tahun 1960-an dan masih berpengaruh sehingga ke hari ini sebagai wadah untuk mengkaji budaya sesebuah masyarakat.
Simbol atau lambang-lambang memang banyak digunakan dalam pelbagai adat, bahasa dan budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat sejagat. Pendokong teori ini menyatakan bahasa simbol atau lambang merupakan wahana budaya, bermaksud simbol itu mempunyai makna dan kepentingan dalam budaya sesuatu masyarakat.
Kadangkala persimbolan yang sama membawa maksud yang berbeza dengan masyrakat yang berbeza dan ada pula simbol yang dianggap sebagai suatu simbol yang dapat diketahui maknanya secara universal dan buka spesifik kepada sesebuah masyarakat. Ia dianggap sebagai pinjaman unsur sesebuat masyarakat yang lain tetapi boleh diterima pakai dalam masyarakat sendiri.
Untuk mengkaji sesuatu budaya melalui teori ini, para antropologi memberi tafsiran terhadap lambang-lambang tersebut menggunakan pendekatan emik iaitu pendekatan dari kaca penduduk atau dalam konteks budaya yang dikaji.
Teori ini menganggap bahawa budaya tidak wujud di luar lingkungan individu malah budaya itu berkisar pada interpretasi individu terhadap kejadian dan perkara yang berlaku dan wujud di sekeliling.
                                                          
SIMBOLIK PAKAIAN CARA MELAYU
Menurut Geerts, simbol ialah model kepada kenyataan. Ia memberi penererangan dan bimbingan tentang bagaimana menyatukan kenyataan. Makna dibahagikan kepada tiga kategori iaitu unsur dasar, unsur konvensional dan makna intrinsik. Makna pertama merujuk kepada fakta dan ekspresional seperti warna, makna konvensional dilihat melalui imej dan gubahannya dan makna intrinstik merujuk kepada makna simbolik.
Simbolik merujuk kepada bentuk, lambang, imej, cerita, alegori dan motif. Inilah unsur-unsur asas yang berfungsi sebagai perkataan yang bermaksud figurasi dengan berbagai-bagai makna (Ismail 1980,20). Di samping sebagai maksud literal atau utama yang menyaran fungsi gunaan (Hodder),yang membawa makna dasar semulajadi kepada gambaran atau motif. Ini merujuk bahawa simbolik itu merupakan sudut pandangan kedua yang tidak dapat dilihat tetapi hanya difahami.
Makna yang ingin diketengahkan ialah makna intrinsik. Makna ini dalam pakaian Melayu memperlihatakan simbol kebesaran bangsa, kekuasaan, pangkat, status-darjat, agama dan falsafah. Contohnya, antara orang kaya dengan miskin, beza antara rakyat biasa dan raja, beza antara yang dara dan janda. Kesemuanya dapat diketahui melalui cara pemakaian dan pakaian tradisional Melayu memang tidak lari dari symbol-simbol ini.


SIMBOLIK KAIN
Kain berfungsi sebagai sarung. Namun begitu, apabila ia digayakan, kain tersebut telah mempunyai makna tersendiri.:
           
      KAIN BATIK
Kepala kain batik dalam masyarakat melayu menggambarkan status seseorang, sama ada anak dara, sudah berkahwin mahu pun seorang janda. Kepala kain yang diletakkan di bahagian hadapan bermaksud pemakai masih anak dara, kepala kain yang diletakkan di bahagian belakang membawa maksud pemakainya sudah berkahwin dan wanita yang meletakkan kepala kain di sisi, sama ada kiri atau kanan membawa maksud pemakai adalah berstatus janda.

·         KAIN SONGKET
Kain songket satu ketika dahulu dipakai dalam upacara tertentu seperti keagamaan, perkahwinan dan beberapa adat lain yang menunjukkan kain sonngket tidak boleh dipakai sembarangan. Kain songket juga membezakan status seperti pegawai kerajaan, golongan bangsawan dan rakyat biasa. Motif-motif yang digunakan juga menjadi perlambangan kebesaran dan keagungan.





SIMBOLIK IKAT KEPALA
Ikat kepala dikenali juga dengan nama bulang hulu, setangan kepala, tanjak, semutar dan destar. Ikat kepala ini bukan hanya sebagai hiasan tetapi juga mempunyai nilai simbolik dengan makna yang tersendiri. Ia menjadi pakaian budaya yang penting contohnya dalam adat intiadat penganugerahan.
Dalam konteks budaya tradisi, orang biasa dilarang bertengkolok dan berbaju sarung kecuali setelah dianugerahkan oleh raja. Destar, tanjak atau tengkolok merupakan simbol budaya yang melambangkan masyarakat yang berlembaga, ada keturunan bermaruah dan dipakai ditempat dan pada masa yang sesuai dengan bentuk dan gayanya. Tengkolok juga merupakan sesuatu yang sama tarafnya dengan mahkota yang merupakan simbol kebesaran kerajaan masa lampau. Semua rakyat jelata bertengkolok apabila kurnia itu diterima daripada raja.
            Bentuk ikatan, jenis kain dan motif hias seperti bunga dikarang gajah menggulung, bunga cina tiga warna berkunci bunga dikarang dan teluk rantau berdestar pelangi dikaitkan dengan semangat (ritual). Bentuk dan gaya memberikan kekuatan kepada pemakainya. Hal ini dikatakan dalam teks sastera. Ikatan “dendam tak sudah” diperikan sebagai simbol tengkolok DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong hari ini dan ia mula dipakai sejak Tuanku Abd. Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhamad ketika ditabakan sebagai raja yang pertama. Menurut Kajian Mubin Sheppard, hala pucuk kanan dan hujung simpul di atas telinga kiri khusus untuk kerabat diraja atau mereka yang telah diberikan anugerah gelaran seperti Bendahara (Menteri Besar). Setiap ikatan dikekalkan dengan jawatan mereka seperti ikat bendahara, ikat temenggung, ikat laksamana, ikat syahbandar, ikat Datuk Setia dan ikat anak orang baik-baik. Pucuk di kiri dan simpul di telinga kanan ialah untuk orang kebanyakan dan simpul di belakang adalah simbol kepahlawanan. Simbolik pemakaian tengkolok juga dapat diketahui melalui bahan dan reka corak kain iaitu warna dan motif hiasnya.             
SIMBOLIK IKAT PINGGANG
Fungsi utama ikatan dipinggang adalah untuk mengemaskini ikatan kain, mengetatkan bahagian pinggang dan kain pembebat perut. Namum begitu, golongan tradisi agung menggunakan ikat pinggang sebagai simbol “pakaian kerajaan” yang digunakan dalam upacara penganugerahan kepada bendahara.
Penggunaan kain cindai sebagai pengikat pinggang mempunyai simbol ritual yang mempunyai makna seperti kesaktian, dan memberi perlindunagn kepada pemakainya. Perubahan warna kain cindai yang membawa unsure alam juga turut memberi makna khusus iaitu perubahan cuaca. Ikat pinggang juga melambangkan kehebatan status raja atau pembesarnya seperti penggunaan benang emas atau kesaktian yang dapat dilihat melalui motif yang digunakan seperti tulisan khat, ayat Al-Quran dan doa-doa besar. Jika ikat pinggang bersuji air emas adalah yang dikurniakan raja kepada pembesar.
Ikat pinggang juga berkait dengan pending yang mencerminkan kemewahan dan kebesaran. Kelangsungan simbolisme dapat dilihat pada pakaian rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang menggunakan hiasan batu permata dan bahan baldu bertekat benang emas dengan hiasan motif organik sebagai ikat pinggang.

SIMBOLIK SEBAI/ SELEMPANG/ SELENDANG
Sebai, selempang dan selendang menunjukkan pelbagai fungsi dalam masyarakat melayu. Contohnya, selendang digunakan untuk menutup kepala manakala sebai dipakai di leher dan juga bahu. Ia merupakan sebahagian daripada pakaian Melayu yang mempunyai makna simbolik.
Walaupun fungsi dan bentuknya hampir sama, iaitu kain kecil yang berbentuk memanjang tetapi jenis dan bahan buataanta membezakan status si pemakai sehingga kan ia menjadi simbol dalam istana. Bukan itu sahaja, fungsinya juga berbeza. Umumnya, selendang adalah pakaian untuk wanita manakala seludang untuk lelaki. Seludang dipakai menyilang di bahu mengarah ke sisi kiri atau kanan pinggang. Tetampan pula di pakai oleh bentara adat atau “anak raja-raja yang tua” dan wali untuk wali dan atau dayang istana. Tetampan yang di pakai terdapat dalam pelbagai warna yang melambangkan jawatan yang berbeza. Contohnya, tetampan kuning yang bertabir emas sampai ke tanagn dan berkida-kida sipakai oleh orang ynag membawa congan. Tetampan kuning yang berkida-kida tidak bertabur di tepi dipakai oleh gembala usungaan dan gembala lembing jabang. Manakala tetampan hijau bertepi tabor atau tekat dipakai oleh Kepala Bugis (tekat penuh). Hijau dianggao lebih rendah statusnya daripada simbol kerajaan iaitu kuning.



SIMBOLIK REKA CORAK
·         WARNA
Warna merupakan sesuatu yang sangat memberi makna tersendiri apabilla dilihat dari sudut hubungan masyarakat dan budaya. Warna merupakan penjelasan mengenai kelas dan status sebagai bentuk komunikasi tanpa lisan. Levy-Bruhl yang mengkaji tentang pemikiran primitive menyatakan bahawa simbol warna ialah fenomena yang wujud sekian lama yang berlangsung sebagai sesuatu yang sangat berpengaruh dengan upacara dan amalan mitos. Warna dalam karya primitif diperlukan sebagai sebagai kepentingan simbolik.
Dalam pakaian Melayu, seperti yang diketahui, warna utama “pakaian kerajaan” ialah kuning atau emas. Tradisi ini berlangsung sejak zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Sultan Mahmud melarang warna kekuningan di pakai oleh orang kebanyakan. Adat ini juga merupaka adat tradisi Hindu-Budhha.
Beberapa jenis warna yang simbolik dapat dilihat melalui “persalinan persembahan” dalam upacara seperti tamat berkaul di Istana Perak. Dalam upacara tersebut seperti yang diceritakan dalam teks Melayu, terdapat tujuh warna asas yang digunakan termasuklah warna payung yang melambangkan kebesaran.
Simbol warna hitam adalah berbeza dengan warna putih dan kuning. Warna hitam adalah lambang semangat pahlwan dan digunakan untuk baju perang. Simbol ini dapat dilihat daripada pakaian perkahwinan putera Bugis-Riau . dalam upacara bersiram tabal cara Melayu-Riau,  telah disyaratkan untuk para wanita memakai baju serba hitam dan tiada seorang yang boleh memakai baju berwarna lain mahu pun memakai baju yang bercorak.
Warna kain juga berubah mengikut perubahan cuaca. Cahaya juga diperikan dalam pelbagai keadaan seperti embun, lembayung dan minyak. Citra alam ini dijadikan bahan untuk mengindahkan kain di samping mengetengahkan simbol budaya.  Apabila warna-warna ini dipakai, ia umpama perubahan waktu dalam kehidupan. Sebagai contoh, embun berwarna gelap (subuh), lembayung berwarna merah keungguan (siang) dan minyak berwarna emas (senja). Ia membawa kesegaran sepanjang hayat.
Begitu juga istilah kain pelangi yang berdasarkan kepada kecerahan warna atau kain telepuk dengan bahan yang berwarna emas yang sesuai dalam tradisi agung. Ia juga simbol kebesaran yang dipakai oleh orang-orang besar atau pengantin.
·         MOTIF
Motif Pucuk Rebung
Motif tumbuhan yang utama ialah pucuk rebung yang biasa terletak di bahagian kepala kain atau kaki kain. Pucuk rebung mempunyai makna yang estetik dan simbolik dalam masyarakat Melayu, imej gunungan pula sering dikaitkan dengan motif pucuk rebung.
Motif ini juga terlihat dalam reka bentuk jenis tengkolok yang dapat dibezakan status pemakai melalui berapa lipatan atau arah pucuk tersebut.  Bentuk pucuk rebung atau tiga segi dalam ikatan kepala melambangkan simbol kuasa atau anugerah daripada raja.
Motif pucuk rebung yang digunakan pada kain songket melambangkan harapan baik kerana ia merupakan pohon yang teguh dan tidak mudah patah ketika angin kencang. Ini bermaksud si pemakai perlulah ada sikap beruntung dan kuat dalam menjalani kehidupan.
Motif Bunga
Motif bunga disusun dalam tekstil pakaian Melayu seperti cindai, songket penuh, teluk berantai atau jong sarat yang hanya boleh dipakai oleh raja. Simbol keagungan raja dibezakan melalui corak atau pun susunan bunga . Namun begitu, ia juga bergantung kepada keinginan raja.
Jika dilihat motif bunga yang terdapat pada kain seperti kain songket, motif bunga mawar. Melambangkan penawar kepada malapetaka dan dipakaikan kepada bayi sebagai harapan kehidupan si anak yang sentiasa dilindungi Tuhan.
Motif bunga tanjung melambangkan sifat ramah tamah. Ia sering dipakai ketika rumah didatangi tamu.
Bunga Melati pula melambangkan kesucian, keagungan dan sopan santun. Kain songket yang yang bermotif bunga melati ini biasa dipakai oleh gadis yang berlum berkahwin.
Motif Seni Khat
Antara kalimah yang selalu digunakan ialah Allah, Bismillah, Muhammad s.a.w dan sering diletakkan di tengkolok, ikat pinggang dan kain penutup jenazah. Baju raja yang berhias ayat Malbus al-afiah bermaksud “pemakainya selalu berada dalam keadaan sihat walafiat.”

PENUTUP
            Kehidupan masyarakat melayu mengandungi budaya-budaya yang sebenarnya amat membawa makna simbolik dalam apa jua yang diamalkan sama ada adat resam, upacara, cara berpakaian dan sebagainya. Ada juga makna simbolik yang tersirat atas gabungan dua perkara seperti upacara dan pakaian. Contohnya dalam adat pertabalan, perkahwinan dan adat melenggang perut.
            Dalam adat melenggang perut, apa yang menarik ialah penggunaan tujuh helai kain dengan jenis yang berbeza seperti kain batik, serasah, cempa dan sebagainaya dengan warna kuning dan putih. Hal ini bertujuan untuk memudahkan ketika proses kelahiran bayi. Tujuh sebagai angka bilangan kerap yang dikaitkan dengan unsur alam seperti tujuh petala langit, dan tujuh petala bumi. Upacara ini diamalkan oleh golongan tradisi agung (great tradition).
            Namun begitu, makna-makna ini sudah tidak banyak lagi didedahkan sebagai satu informasi yang perlu diketahui oleh generasi masa kini. Hal ini perlu dititik beratkan oleh semua pihak agar tidak membiarkan adat kita ditinggalkan dan adat luar diagung-agungkan bak kata pepatah “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.”
            Kesimpulannya, masyarakat Melayu satu ketika dahulu amat berpandangan jauh dan mengisi sesebuah adat itu penuh dengan sebab dan munasabab dan bukan hanya makna dasar yang hanya dapat dilihat oleh mata kasar. Jika makna tersebut dirungkai satu persatu, nescaya  seri dalam budaya kita akan tampak lebih indah. Dengan itu, adalah tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengekalkan tradisi ini.

BIBLIOGRAFI
1.    Siti Zainon Ismail .(2006). Pakaian Cara Melayu.   Universiti Kebangsaan Malaysia:

Bangi, Selangor.

2.    Siti Zainon Ismail.(1991). "konsep Pakaian Cara Melayu: Satu Kajian Analisis

Budaya Benda” (published master thesis). University of Malaya:Kuala Lumpur



Penyerapan Kebudayaan..

Luas sgt pulak skop tajuk ni mcm permukaan bumi, pdhl aku nk cte pasal aku je. haha.. aku ni kdg2 nk tau sgt2 nape aku senang sangat menyerap masuk (mcm sponge hijau bukan kuning sbb kuning xmenyerap dan hanya berkawan dengan tapak sulaiman) smbg balik- menyerap masuk budaya kawan2 aku dgn diri aku sendiri. xpyh nk budaya sgtlah kan. cth lain mcm, perangai, cara cakap, dll. kdg2 tgh ckp2 tbe2 aku sentap tp bukan dejavu beyonce 2 ye, sentap sbb pk "eyh, aku baru ckp atonansi mcm timah lah", "eh, aku baru buat mimik muka macam tipah ke?", "nape aku sll ckp gaya bahasa harun pulak nih". adoi..

kdg2 aku pk personaliti aku xcukup kuat ke smpai aku ikut mcm dorg ni.. hmm.. snang sgt tertiru. tp aku rasa mungkin sbb elemen (bukan metal) yg aku tiru 2 snanye unik dan xpnah ada kat org lain. aku suka tgk gaya org n cara dia ckp dari aku sendiri yang cakap. 2 yg lama2 terikut 2. nasib baiklah xde yang buruk aku ikut buat masa ni.. (smbil wt mke xkonfiden). tp yang buruk 2 pn dtg dr diri sndiri jgk kan. pndai2 ye ko nk kwl mira oi.. hehe.. 

p/s: penyerapan yang berlaku menyebabkan hati terindu2 kepada kwn2 dan senior2 ku.. :( kejap je masa berlalu.. 

Friday, June 15, 2012

POTRET SI SRIKANDI..

Baiklah, di bawah merupakan hasil karya aku. rajin kan aku tulis cerpen full more than 3000 words.. (nama pn esemen, mstilah kene siapkan). hehe.. pape pn mohon maaf klau ada pape kekurangan ye, sy hanyalah pengarang baru. harap terhibur atas cerita karutan ini. kbai.


CERPEN

POTRET SI SRIKANDI

OLEH: AMIRA BINTI MUSTAFFA

Mencari kunang si anak teruna,
Dari rumahnya si anak dara,
Hati nan sepi sudah bergelora,
Menunggu cinta abadi selamanya.

HUJAN menitis membasahi bumi, sekali lagi dingin itu dirasai. Kedengaran deruan enjin-enjin motokar di jalanan yang mengular. Hingar- bingar memang biasa di tengah-tengah kota metropolitan itu. Bukanlah ia sesuatu yang perlu dimarahi, ditakuti, dirisaukan. Suasana itulah cerminan kota bukan pinggiran.  Di balik itu masih ada yang memerhati dari kejauhan. Dengan sepasang mata dia melihat manusia-manusia duniawi sedang pulang dari mencari rezeki petang itu. Ada yang berjalan kaki sambil membawa beg bimbit, ada yang masih melayan pelanggan-pelanggan di premis bertentangan, dan tidak kurang yang sedang tertekan di dalam kereta kerana kesesakan. Lantas, bunyi-bunyian hon ditekan keras umpama ingin berlawan antara satu sama lain. Entah siapa yang perlu dipersalah. Mungkin manusia biasa ini tidak biasa dengan dunia yang perlu dibiasakan. Melihat asap yang berkepulan dari kenderaan naik ke udara sesekali menghibakan hati. Melihat bumi ini semaki dikejami oleh manusia. Tiada yang menghiraukan, hanya segelintir yang mengendah. Tidakkah mereka tahu, mereka sedang menzalimi diri sendiri. Segalanya akan menjadi semakin parah dan balasannya akan tiba.

Sekali lagi kain putih itu disembur dengan sabun dari bekas merah itu lantas di lap cermin sehingga segalanya jelas di pandangan. Dia sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya. Berbagai-bagai kerja perlu di lakukan hingga ke hujung hari, di lakukan satu persatu. Sakit-sakit tubuh itu bukanlah sesuatu yang tidak biasa dialami, tetapi di situlah tempat segalanya bermula, sukar untuknya meninggalkan tempat itu.

“Excuse me miss, one cup of coffee please.” Terkejut ana dengan suara yang sangat biasa didengari itu. “oh, sure..”. Balas Ana dengan suara yang lembut kepada pelanggannya itu. Punggungnya diangkat malas memandangkan baru beberapa minit dilabuhkan. Namun kerja tetap kerja. Dimasukkan ramuan-ramuan yang telah dipelajari untuk menghasilkan kopi yang mempunyai rasa yang khas dari De la Rossa CafĂ©. Sebuah cafĂ© yang bukan calang-calang. Ana teringat tentang orang-orang yang pernah datang disitu. Kadangkala memuji kecantikannya dan menganggap kerja itu tidak sesuai buatnya. Dia boleh dapat kan kerja yang lebih baik. Namun, bukan dia tidak mahu tetapi apalah kerja yang dapat menerimanya dengan kelulusan yang tidak seberapa. Tidak sabar untuk dia habis belajar. Hari-harinya ditempat kerja bukanlah sesuatu yang dirasakan tidak baik, tetapi ia mengingatkan ana kepada sesuatu. Tempat dimana dia dengan jasa baik En. Hashim yang terus menerimanya berkerja di sini lima tahun lalu sejak dia memulakan langkah di sini. Segala makan pakai diberikan sebelum dia mampu untuk menyewa rumah sendiri.

“Your coffee sir..” Ana meletakkan air yang dipinta di atas meja. “Thanks..”. balas lelaki tadi tanpa memandang tepat kewajah ana tetapi terus fokus terhadap kertas dan pensilnya. Barangkali suasana di cafĂ© itu sangat mendamaikan dan menenangkan. Jika tidak, masa kan ramai yang datang hanya untuk buat kerja yang sepatutnya dilakukan di pejabat sendiri.
Secangkir kopi itu masih di atas mejanya dan dihirup sekali lagi. Dari air terbayang wajahnya yang ayu. Ana Azira, cantik namanya secantik orangnya, dengan kening yang cantik terukir, mata yang bundar, bibir yang diloeskan sedikit gincu merah menampakkan keserian wajah Ana sambil membuat rutin hariannya, mengira belanjawan  “De la Rossa Cafe”, tempat kerjanya. Suasana bising tidak dihiraukan namun lamunannya semakin menjauh. Jari-jemari mula bermain dengan helaian-helaian kertas yang penuh dengan digit-digit bersusun kemas. Semakin dipandang semakin kabur, semakin dipandang semakin menjauh. Pandangannya dialihkan, lamunannya mula mengena tepat ke potret kesukaannya yang tergantung di dinding berhadapan kaunter pembayaran. Ia merupakan potret seorang ibu yang sedang menyikatkan rambut anak perempuannya, dengan wajah yang tersenyum gembira dan anaknya pula sedang membaca buku cerita dengan dahi berkerut umpama cuba menyantumkan abjad-abjad yang baru dikenali. Indah, memang indah sekali  memperoleh kasih sayang dari seorang ibu. Dia juga pernah merasainya. Sudah 6 tahun dia kehilangan ibu dan bapa tercinta. Potret-potret seperti itulah yang selalu bermain difikiran Ana. Malah lebih banyak bingkisannya, malah lebih banyak kegembiraanya. Semangat yang hampir patah itu jua dikuatkan untuk terus melangkah melalui kenangan-kenangan terbaik ibu dan ayah. Dari situ, fikirannya mula terkenangkan Ain, adik kesayangannya yang baru sahaja bekerja selepas tamat belajar dari sebuah university terkemuka. Dia amat berbangga dengan  Ain, berkat usahanya, berjaya membawa adiknya melangkah ke menara gading.

PERJALANAN BARU

“Akak, bila akak nak berhenti kerja? Kesian adik tengok akak. Apa kata akak sekarang ni fokus study je? Pasal keperluan rumah sekarang ni, biar Aina pula yang tanggung.” Pertanyaan Aina menghentikan lamunan Ana ketika mengambil sepaket Nescafe untuk keperluan dapur. Kata-kata Aina hampir menghasilkan kolam air mata di mata Ana. “Apa salahnya kalau sama-sama kerja kan?” Kata-kata Ana umpama terselit sedikit keegoan seorang kakak.  “Tapi akak tengah belajar lagi, apa salahnya bagi peluang kat Ain bantu akak, bantu kita. Akak dah banyak berkorban untuk Ain”  Kata-kata Ain mengukir senyuman di bibir Ana. Kadangkala memang dia terfikir untuk berhenti bekerja, cadangan yang sama juga diberikan En. Hashim memandangkan cafĂ© tersebut sudah ramai kakitangannya. Mungkin menunggu masa yang sesuai untuk dia lebih menumpukan kepada kerjayanya yang sebenar.“Merepek je adik akak ni, Ain tu bila nak  kahwin, kerja dah ada, cari-carilah dik. Umur kamu tu bukan makin muda.” Ayat Ana dihabiskan dengan gelak tawa kecil. Perasaan rendah diri memberikan Ana idea untuk menukar topik perbualan.
Namun, cadangan Ana menyentapkan hati Ain. Bukan kakaknya tidak tahu tentang apa yang terjadi terhadap dirinya selepas pemergian kedua orang tua mereka. Keadaan yang senyap mengambil tempat. Ain umpama mati bicara, nasibnya baik kerana dia tidak mati akal. “Akak tu pun, bukan makin muda. Akak lah kahwin dahulu.” Tiba-tiba kedengaran gelak tawa dari dua beradik.

Mungkin Ana tidak patut bertanya soal itu. dia tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja kata-kata itu terpacul. “Adik, walau apa pun berlaku akak akan merahsiakan hal ini. Akak berjanji. hanya kita dan tuhan sahaja yang tahu. Tidak akan kita jejak lagi kaki ke kampung itu. Lagi pun tiada siapa yang tahu siapa antara kita yang diperkosa. Cukuplah deritamu satu ketika dahulu. Jika boleh dikongsi, izinkan akak dik.” Getus hati ana menghentikan menungannya. Dia akan pastikan adiknya hidup bahagia dengan seseorang yang dicintai. Mujurlah Faris telah mendapat hukuman yang setimpal.
Barang yang dipilih disorong ke kunter pembayaran. Segala menu sudah difikirkan. Mereka tidak sabar untuk pulang dan masak bersama. Mereka bahagia begitu. Arus kehidupan yang berliku menjadikan hubungan mereka sangat rapat. Lebih rapat dari hubungan adik beradik biasa. Ain tempat dia mengadu, Ain tempat dia marah, Ain segala-galanya baginya. Dia bahagia hidup begini. “Ya Tuhan, kekalkan senyuman ini sentiasa di bibir kami, 
seseungguhnya hanya Kau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.”

TABAH

Ain terbangun dari tidurnya pagi itu. seperti biasa, kakaknya sudah tiada disisi. Kadangkala kakaknya itu bangun untuk awal untuk ke kuliah dan kadangkala untuk ke bekerja di tempat biasa. Itulah rutin mereka dan akan bertemu dipenghujung hari, berkongsi apa yang berlaku sejak dini hari. Pandangannya sudah teralih dari sisi katil ke meja solek. Semua gambar-gambar mereka dan keluarga ditenung dalam-dalam. Melihat wajah kakak tersayang yang sentiasa menyimpan kedukaan dalam senyuman. Kadangkala cemburu juga menusuk di kalbu, dirasakan sesekali diri lebih malang dari kakak sendiri. Perasaan itu cepat-cepat ditepis. Ia bukan salah sesiapa. Mungkin ini takdir besar yang sangat menduga. Cukuplah cemburu itu ditepis oleh pengorbanan kakaknya selama ini. Segala makan pakai disediakan, kakaknya ibu dan kakaknya umpama bapa. Tidak pernah dirasakan kurang. Ana sentiasa cuba untuk membuat dirinya senyum ketawa seperti orang lain dan dia juga begitu sebaliknya. Mereka memang saling melengkapi.

“Kakak, tabahnya hatimu menanggung malu ku, membesarkan aku, menjaga aku dengan keringat mu. Ingat lagi disaat aku masih dibangku sekolah, kau diherdik majikanmu. Kau utamakan pelajaranku dari pencapaianmu. Kakak, jasa mu takkan ku lupakan.” Detik hati Ain seiring suara sepi disekeliling. Dia sedar dari awal lagi pengorbanan kakaknya itu. setiap kali ingin membantu, pasti dirinya dimarahi. Dia hanya mampu menurut. “Akak nak adik belajar, akak nak adik berjaya.” Kata-kata Ana itu sering bermain difikiran Ain. “Tapi kakak macam mana?” Persoalan itu sentiasa tersusur dari bibir aina dan seperti biasa jawapan yang diterima. “Akak akan menyusul kemudian. Adik jangan risau tentang akak.”
Aina mula merasa sesak di hati tiap kali memikirkan nasib dirinya dan kakaknya. Namun, masa yang di luangkan bersama Ana terlampau lama sehingga kedukaan itu kabur walaupun ada. Diari usangnya mula diratapi semula. Diari pemberian ibunya ketika hari lahir yang ke 11 tahun itu tidak pernah tandus dari sentuhan jari ana setiap hari. Itu pemberian paling bermakna yang pernah ibunya berikan. Ketika itu dia tidak dapat membaca bahawa diari tersebut akan menggantikan pemberinya, sentiasa berada di sisi, mendengar luahan dan rintihan dikala menyendiri.
  
KENANGAN

Kehidupan mereka adik beradik sudah mula mengukir senyuman, tidak seperti tahun-tahun sudah yang penuh dengan perit dan getir tetapi dari situlah mereka mengenal erti kecekalan dan ketabahan.

Cincin ibunya dipandang, dicium. Kenangan bersama keluarga yang dirasakan seketika itu mula menyelinap kedalam fikirannya. Jika dulu dia kuat kerana mereka tetapi kerana mereka juga sekarang dia tenang menjalani kehidupan hariannya. Betapa dia rindu saat bahagia bersama keluarga. Saat menanam pokok di perlak ibunya, ketika bergurau senda bersama Ain dirumah. Semuanya masih jelas dalam ingatan.

Tabah Ana menghadapi dugaan hidup diusia yang muda. Hidup sebatang kara setelah dipandang serong oleh orang kampung membuatkannya berhijrah ke bandar, mencari sesuap nasi untuk mereka dua beradik sehingga masa memakan kedukaan. Syukurlah, keputusan STPM yang cemerlang melayakkannya menyambung pelajaran walaupun usianya tidak sama dengan rakan sekuliah. Menggenggam segulung ijazah adalah impiannya dan dia tahu itu juga impian ibu dan bapanya andai mereka masih ada. Tapi jauh disudut hatinya, melihat Ain berjaya sudah cukup membuat dia melinangkan air mata bahagia yang teramat. Sebesar mana pengorbanannya tidak mampu mengubah kisah silam Ain.
Satu persatu susunan cerita titik hitam itu dikumpulkan. Bukan tidak mahu dilupakan tetapi setiap malam sebelum melelapkan mata, ia tetap menjadi mimpi ngeri yang tidak diundang. Bukan sahaja dirinya tetapi kadangkala terdengar juga racauan Ain yang tidur disebalahnya. Pukulan peristiwa itu memang menyakitkan. Jika tempias pun sudah sakit apatah lagi kepada orang yang merasainya. Badan Ain berpeluh kadang-kadang, jeritan itu masih sama. hanya istighfar dan pelukan erat dapat menjadikan malam mereka dilalui dengan tenang.

TITIK HITAM

Kehilangan ibu bapa mereka belum sampai dua bulan, namun perasaan itu masih menyusuk umpama semalam tragedi itu berlaku. Malamnya tidak pernah kering dengan air mata, air mata yang disembunyikan dari Ain.

Teringat wajah ibu dan bapanya yang dilihat sendiri di depan mata, ditarik penyelamat ke benteng sungai. Kereta yang dipandu tidak dapat dikawal lalu terbabas. Dia dapat merasakan seksa ibu dan bapanya menghadapi sakratul maut disitu. Bibirnya hanya mampu digumam. Pelukan terakhir semakin menguatkan esakan.  Dia tahu, untuk melihat adiknya kuat, dia harus  kuat. Itulah hari yang mengubah nasib mereka menjadi yatim piatu.

Motosikal yang ditunggang sudah sampai ke perkarangan. Enjinnya di matikan jauh sedikit supaya tidak mengejutkan Ain. Langkah demi langkah disusun menuju ke pintu rumah. Tidak sabar untuk menunjukkan adiknya baju yang ditempah ibu dan dirinya untuk hari lahir Ain esok hari. Rahsia ini diharap mampu menambah senyuman buat Ain. Berada disamping Aina sepanjang masa tidak memberi kesempatan kepada Ana mengambil tempahan yang sudah siap itu di rumah Mak Midah. Mujurlah Aina sudah tidur sebentar tadi memberi kesempatan meloloskan diri sebentar. Sudah diberitahu tukang jahit itu, dia akan datang mungkin bukan pada masa yang sesuai. Perkara itu tidak membuatkan Mak Midah marah, malah rasa simpati menyelinap ke tubuh tua itu. Pakaian yang dijahit itu tidak diminta bayaran apa-apa. Kata-kata semangat dan perangsang menjadikan Ana semakin tabah. Hati itu meskipun sudah tua tetapi tetap merasa simpati terhadap keluarganya. Masa kan tidak, keluarga mereka sangat rapat dan saling mengenali lagi-lagi ibunya dan Mak Midah.

Pintu rumah dibuka dengan berhati-hati,  langkahnya dijengket-jengket menuju ke bilik. Sesampai dibilik dia diperlihatkan situasi membeliakkan matanya. Dua pasang baju kurang terjatuh dari kedua belah tangannya. Adik kesayangan menangis dengan tubuh hanya dibaluti cadar. Faris dengan muka bengis keluar laju melintasi Ana. Dengan sekuat tenaga, baju Faris disentap.“Kejam kau Faris, memperkosa adik kandungku. Di mana janjimu? Kau dayus, kau benar-benar dayus.” Tuduhan Ana menaikkan kemarahan Faris. “Aku tak tahu mana kurang aku dimata kau? Kau mencabar kelakian aku”. Faris cuba membela diri. “dan adik aku sebagai mangsanya?” kau pasti dapat balasan!”kata-kata ana marah tetapi cuba ditahan. Matanya merah berkolam air. “aku dapat balasan dan maruah adik kau sebagai taruhan.” Faris menjawab tenang, sindiran yang meletuskan kemarahan Ana. Ingin sahaja pisau yang terpacak didapur itu dirodoknya ke perut Faris. Kemarahannya terhadap Faris semakin dirasa tidak mampu ditahan. “baik kau pergi dari sini! Setan! Kau memang Setan!” Aina dipeluk erat. Titik hitam yang tidak akan hilang dalam hidup mereka.

Tangisan dua beradik semakin kuat dirumah usang itu. Ana cuba mengerti dugaan berat yang Allah berikan. Sudah lama ditahan sebak, malam itu dia menangis sepuas-puasnya tetapi tangisan Aina lebih kuat dari itu.

LANGKAH AKHIR

“Adik, akak sudah ke balai polis pagi tadi. Semua sudah selesai. Faris dah dipenjarakan. Kita ada saksi. Semalam semasa pertengkaran akak dengan Faris ada jiran yang terdengar dan terus melaporkan ke balai. Mujurlah Faris dapat ditangkap sebelum sempat dia melarikan diri. Dia pun sudah mengaku bersalah”. Penjelasan Ana membuatkan Aina terfikir. “selesai begitu sahaja? polis tidak mahu ambil keterangan Ain kak?” Ain semakin celaru dengan kata-kata Ana. ”Tidak perl. Sudahlah. Mari kita pergi dari sini. Sini bukan tempat kita lagi.” Pertanyaan Ain dibalas tenang oleh Ana sambil tangannya cekap mengemas barang-barang yang sudah disusun rapi. Barang adiknya juga kemas dalam beg yang berbeza. Langkah-langkah terakhir mereka hanya tinggal kesan ditanah serba merah itu.

Perbuatan Faris amat melukakan hati Ana. Dahulu, lelaki itu yang dicintai, tetapi tidak sekarang. Sekarang hanya benci yang menetap di hati Ana buat Faris. Menolak cinta tidak bererti dia tidak suka. Bodoh, dayus, memang dayus! Mujurlah kekurangan Faris sudah tertampak dimata membuatkan dia lebih berwaspada dalam memberi hati. Perasaan yang pada mulanya semakin dalam terhadap Faris sudah mati. Ain segalanya buat dirinya sekarang, dia menolak Faris dulu juga kerana Ain, ya, Ain lebih penting.

PAMERAN

Kereta kancil bewarna putih menggelungsur laju di jalan. Hasrat untuk makan bersama di Restoran Seoul Garden sempena hari lahir yang ke 24 telah dirancang sejak tiga bulan yang lalu. Masing-masing mengenepikan semua urusan, kerja, belajar dan sebagainya untuk meluangkan waktu bersama hari ini. Angin pagi itu bertiup sejuk, kelihatan muka-muka awan biru terbentang indah di langit Tuhan. Udara segar dihirup mematikan akal yang bercelaru. Namun begitu, segar lagi udara yang pernah dihirup di kampung sendiri. Udara itu tidak akan dilupakan. Segar sekali, nyaman dengan suasana yang permai. Dia masih ingat lagi suasana desa itu, perkampungan lama, rumah yang masih mengekalkan cirri tradisi. Masih diigati lagi rumah kayu lama itu. sejuk sentiasa. Terdapat ruang-ruang udara yang menembusi dinding-dinding. Kadangkala rasa rindu terhadap rumah itu mula mengkaburi kenangan hitam. Mungkin kenangan yang manis diperkampungan itu tidak kurang jika didibandingkan dengan kenangan hitam itu. dia masih mampu tersenyum mengingati apa desanya itu. ah! Manusia bukan komputer yang mempunyai butang “delete”, kalau tidak memang dah lama ditekan butang itu, tetapi manusia boleh cuba untuk melupakan. Melupakan adalah jalan yang terbaik.
Suara di corong radio mula mengambil tempat masuk ke rongga telinga. Lagu nostalgia 

“Malam Bulan di Pagar Bintang” nyanyian P.Ramlee mula berkumandang. Lagu-lagu begitulah kegemaran dua beradik tersebut. Kedua-duanya mula memainkan lirik dibibir masing-masing. Sesekali suara besar P.Ramlee cuba di tiru dan mulalah dekahan dua beradik yang merasakan suasana menjadi semakin lucu.

Kereta yang dipandu itu sesekali membuat bunyi dikala terlanggar lubang-lubang kecil. Perkara biasa itu bukanlah masalah besar. Sudah ada kenderaan kesana kemari pun sudah cukup memanjatkan kesyukuran. Mata Ain sengaja meneliti satu persatu papan iklan. Segalanya dibaca kuat-kuat dan ada satu papan tanda yang paling membuat Ain teruja untuk menceritakan kepada kakaknya.

“Akak, tengok ni, ada pameran lukisan dari Azriq Haikal, akak kan minat dia.” Telunjuk Aina menunding tepat ke arah banner yang terpampang di hadapan mereka. Ia betul-betul membuatkan hati Ana teruja. “Adik, kita singgah kejap mahu? Tidak jauh ni.” Pujuk ana terhadap adiknya. “boleh juga, lagi pun awal lagi ni kak. Jalan ingat kan jem tadi, awal sangat pula kita ni.” Ana tersenyum dengan jawapan dari adiknya itu, kereta mereka mula dipandu kearah yang sepatutnya. Selekoh yang bertentangan di ambil.

Diletakkan kereta di ruangan parkir luar dewan setibanya disitu. Mujurlah ada lagi yang masih kosong walaupun kesemua tempat parkir hampir penuh. Aura tidak sabar untuk masuk ke dalam dewan membuatkan Ana menarik nafas panjang dan dihembuskan sambil mengukir senyuman. Di hadapannya, sebuah dewan yang terbuka luas menanti kedatangan pengunjung masuk “Disini agaknya kak, sampai pun kita”. Dari luar dewan sudah kelihatan lukisan-lukisan hasil karya Azriq Haikal dipamerkan dengan penuh gah, ada yang diletak diatas paranya dan ada yang diletakkan didinding dihiasi lampu putih disekeliling lukisan. Teknik pencahayaan menjadikan lukisan-lukisan yang cantik itu bertambah serinya. Sungguh teliti. Mana tidaknya, satu karya pun sudah mencecah puluh ribuan ringgit.  

“Wah, adik jom masuk. Akak dah lama teringin nak pergi . asik bertangguh sahaja.” Tangan Ain ditarik kuat. Ana semakin tidak sabar untuk melihat hasil karya terbaharu dari pelukis kegemarannya itu. Tidak tahu sejak bila dia mula meminati seni lukis. Dia bukanlah pakar dalam dunia seni ini, kalau setakat asas dalam melukis, tahulah. Apa yang menarik minatnya apabila dia mula mengkaji detik pertama dia melihat sesebuah lukisan itu. Lukisan-lukisan dari Azriq umpama bayangan kepada sebuah kisah. Hasil seninya sungguh indah dan tersendiri. Melihat wajah Azriq  pertama kali terpampang di laluan masuk dewan sebentar tadi mengingatkan Ana kepada seseorang.

Ain mula membebel seorang diri sambil melihat lukisan berlatarkan perkampungan, dan Ana tertarik dengan sebuah lukisan lain. Mereka berpisah sementara. Langkah sudah tidak seiringan. Lukisan pokok besar yang terdapat ditengah-tengah gambar pemandangan di sekitar kawasan pergunungan telah menimbulkan keunikan terhadap lukisan tersebut dan membuatkan Ana mentafsir sendiri.

 “Pokok tu yang saya nak tumpukan, bukan perkampungan di belakangnya. Hmm.. hye..” suara yang umpama takut-takut menegur itu mengejutkan Ana yang fikirannya sudah melayang entah ke mana. Pandangannya terus teralih kea rah suara itu. “Awak??” kali ini dia betul-betul terkejut. Terkejut melihat apa yang ada didepan matanya. Dia umpama meraba-raba semula memori yang masih segar. Baru semalam dia bertemu lelaki yang menegurnya itu. Baru dia teringat, Azriq Haikal adalah orang yang sama. Ya, dia memang orang sama. Pelanggan tetap tempat dia bekerja. Idolanya sentiasa ada didepan mata tanpa dia sedari.

“Kakak! Tengok ni..!” jeritan Ain mendapat perhatian Ana, kali ini dia sekali lagi dikejutkan dengan apa yang ada di jari telunjuk Ain. Sebuah lukisan potret seorang wanita yang sedang melukis dan sedang tersenyum. Tetapi matanya berkolam air. Wanita itu sedang duduk dibangku sambil melukis sesuatu. Melukis  alam ciptaan tuhan yang sangat indah dan wanita itu adalah dia! Wajahnya!.

“Wow.. awak ada kembar?” pertanyaan Azriq hanya mampu dibalas dengan senyuman oleh pasangan kembar tersebut. Kali ini wajah Azriq pula yang terkejut. Senyuman kepada Ana dibalas manis. Ternyata dia masih mampu membezakan keduanya.~

Monday, March 26, 2012

-_-'



diats bukanlah muka mengeluh tapi muka yg berpeluh (akibat mengeluh, haha). manusia, owh manusia.. knapalah suka sangat mengeluh, ada keje mengeluh, xde keje mengeluh, lapa mengeluh, kyang apetah lg.. sume perkara nk mengeluh smpai berpeluh-peluh.

fakta tentang mengeluh:

1) bukan nak mengeluh pn kadang2 tp saje nk ckp bg memeriahkan suasana. (yeke??)
2) dh mengeluh rasa nk tarik balik je. (mesti org pk xbesyukur kan..)

ayat bawah ni best~

3) tidak bahagia bukanlah penyebab kita selalu mengeluh tetapi sebab mengeluh lah kita x bahagia

cara menghindari keluh:

1) meditasi, meditasi, meditasi..
2) minum air ribena
3) ubat paling mujarab: dekatkan diri pada Maha Pencipta, sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
4) jgn pk apa yang kita tiada, sebaliknya fikirlah apa yang kita ada dan org lain tiada.

lepas ni jgn mengeluh lagi dan sentiasalah senyum walaupun paip getah kat toilet tbe2 tcabut ke, atau assignment tepadam xsmpt nk save.. then xtekan autosave tbe2 tetkn pgkah, haha (hu, ni mmg dugaan hebat)..<-- (bkn sy.) tp masalah kita 2 kecil sgt nk dibandingkan dengan bumi dan sistem cakerawala ni.. keep smiling,



p/s: thanks Allah 4 giving me such a wonderful life with such a wonderful people around me.. ^_^

Tuesday, January 3, 2012

Islam dan Sains..

- kita sll mendengar Islam dikaitkan dengan Sains. Segala ibadat mahu dikaitkan dgn Sains. tidakkah itu sesuatu yang mengagung2 kn sains sedangkan sains itu juga ciptaan Allah s.w.t?
- sebagai contoh paling besar spt mencari sains dalam Islam. ukurannya dilihat sbg materi utk keimanan. Iman itu sesuatu perlu diyakini bukan melalui perkara-perkara lain spt Sains.
- tidak dinafikan juga melalui kaedah ini dapat menarik penganut2 agama lain terhadap Islam. tetapi yang pasti bagi orang Islam sendiri tidak ptt utk menggabung2kan persamaan antara Islam dan sains kerana lebih memperlihatkan Sains lebih dari agama sndiri.

p/s: Allah do something 4 some reasons.. not all is about science. Science and our relligion is not at the same line..

Monday, January 2, 2012

we are what we think.

- kte adalah apa yg kte pkirkan. kte pk besa, besa lah kte. kte pk mtg, mtglah kte.

- klau fikir pn dh btl2 jd cm2, apetah lg tindakan yang diambil..

- sbg cnth, klau kte sering mengeluarkan kata-kata yang baik dan berfikir perkara yg baik2 scr xlgsg ia akan menjadi sikap kte. tp bg aku, perkara ni mmg bole berubah2. klau kte dh stat mencarut, mengeluarkan kata2 yg kurg menyenangkn, itu juga akn mengubah kte kearah yg songsang.

- segalanya bermula dari niat dan pemikiran iaitu sekecil2 tindakan.. kdg2 kte fikir ssh nk berubah tapi kita xslesa menjadi diri kita yang sekrg sehingga menimbulkan satu pemberontakan kecil yg akn membawa kesan terhadap emosi. jika sdh sedar begitu, mengapa tidak berubah bukan? berubah ke arah lebih baik mungkin akan mendatangkan kejanggalan pada awalnya ttp lama-kelamaan ia akn menjadi satu kebiasaan. kita xkan smpai ke destinasi tanpa lgkah yg pertama. :)