Sunday, November 14, 2010

Kasih Nadia..

Nadia mengoles sedikit warna merah dibibirnya. Keayuan wajahnya terserlah dengan solekan yang nipis. Petang itu dia mengenakan pakaian merah hati pemberian Adam satu ketika dahulu. Mungkin sudah tiga tahun berlalu, tetapi dirasakan seperti baru semalam semuanya berlaku, dirasakan baru semalam dia menjadi milik Adam. Hari ini, genaplah tiga tahun rumah tangga yang didirikan bersama Adam, dan Nadia tidak pernah lekang dengan idea untuk merancang sesuatu yang istimewa buat suaminya.

"i really got something special for you sayang.. just wait for me okay.." Nadia bersuara sambil melihat dua tiket pelayaran cruise beserta sekotak coklat ferrero rocher berbentuk hati disebelah tempat duduknya. Dia pasti, kenangan yang indah akan dilalui tidak lama lagi bersama Adam. Ketika bercinta 5 tahun lepas, mereka amat teringin untuk berlayar bersama sebagai percutian impian, namun sejak berkahwin, kesibukan masa membataskan segalanya. Sehingga sekarang Adam sentiasa sibuk dalam urusan kerja hingga kadangkala terlupa tarikh-tarikh penting mereka. Mungkin itulah kelemahan Adam yang dapat dibaca Nadia. Termasuklah hari ini, Adam tidak langsung menunjukkan apa-apa perbezaan dan sikapnya sama seperti hari-hari biasa sebelumnya. Walaupun kadangkala terluka, namun, kelemahan Adam itu memberi ruang kepadanya untuk merancang sesuatu.

Kereta Toyota Vios berwarna silver meluncur laju diatas jalan. Nadia tidak sabar untuk bertemu Adam. Kedatangannya tidak diberitahu kerana dia mahu membuat kejutan kepada Adam di pejabat.

Setelah sampai Nadia bingkas menyorokkan hadiah untuk suaminya ditempat duduk belakang lalu keluar dari kereta dan terus menaiki anak tangga ketingkat dua. Satu-persatu anak tangga dijejaki sehingga langkahnya terhenti di hadapan bilik Adam. Nadia menarik nafas panjang lalu dipulas tombol pintu.

"Sayang.. Nadia da.." kata-kata Nadia terhenti apabila melihat sesuatu yang menghancurkan hatinya petang itu..

Adam terpaku melihat Nadia didepan pintu biliknya.. Nadia mematung seolah-olah terbeku oleh kejutan yang baru diterimanya.

Adam berjalan pantas kearah Nadia lalu ditarik tangan isterinya dan terus dibawa turun dari pejabat terus kedalam keretanya.. Adam memandu laju tanpa arah. Mata Nadia mula berkolam.

"Nadia kenapa datang tak beritahu abang?" Adam bertanya dengan nada tenang.

"Adam kalau Adam rasa Adam tak perlukan Nadia lagi dalam hidup Adam, Adam tinggallah kan Nadia. Nadia dah cuba jadi isteri yang baik. Tapi apa Nadia dapat? Adam curang belakang Nadia. Dah la Dam, tak payah berpura-pura lg.. Nadia rasa cinta Adam dah tak macam dulu. Adam dah berubah.." Sebak di dada Nadia semakin menghimpit. Genangan air mata masih tidak mampu mengubati sakit hati yang dialami.

"Yang Nadia nampak tadi bukan sesiapa! dia P.A abang.. macamlah Nadia tak kenal.." Adam cuba membela diri.

"Perlu ke sampai berpegang tangan??" tangisan Nadia semakin deras.

Kereta yang dipandu semakin laju menyusur jalan. Adam semakin diam, dia sedar akan kesalahannya. Dia tak pasti apa yang telah merasuk jiwa lelakinya sebentar tadi. Hatinya semakin pilu melihat Nadia. Namun, keegoaannya menjadikan kemaafan yang ingin diluahkan hanya tinggal niat. Jiwanya celaru.

"Ceraikan Nadia!! kalau tak, Nadia yang akan tinggalkan abang! Nadia akan tuntut fasakh," Nadia bersuara tegas..

Kata-kata yang dikeluarkan mengundang kemarahan Adam.
"Apa ni?? takkan tak boleh bawa binn..."

Kata-kata Adam terhenti di situ, keretanya tiba-tiba tidak dapat dikawal.. dalam kegelapan, kelihatan cahaya yang makin mendekati diarus berlainan..

"granghh!!" kedengaran bunyi pelanggaran yang kuat.

Dia mula merasakan dirinya kesakitan.. terlihat wajah Nadia yang dibasahi darah.. matanya perlahan-lahan tertutup dengan tatapan terakhir itu..


Dua minggu kemudian..

"Nadia..!"

Jeritan Adam mengejutkan sekeliling. Adam terpaku.. dia cuba memerhati, namun kegelapan semakin menguasai pandangannya..

"Adam... syukur Adam dah sedar. Abang, Adam dah sedar!" jerit Mak Siti kpd suaminya yang terlena diluar bilik hospital. Mak Siti terus merangkul Adam dengan erat. Terlihat butiran air mata berlinangan di pipi. Kegembiraannya tidak dapat disembunyikan lagi. Kesyukurannya terhadap ilahi membatasi segalanya.

Kasih pelukan ibu membisukan Adam. Dia mula mengingati apa yang berlaku. Ingatannya yang kabur makin memulih.

"Mak, Nadia mana mak?? dia okay tak?? kenapa Adam tak nampak apa-apa?" Pelbagai soalan menghujani fikiran Adam.

"hmm.. Mak harap Adam bersabar.. mata Adam termasuk kaca semasa kemalangan.. Adam.." Mak Siti semakin sebak..

"Adam apa mak?? Adam buta??"

Adam hanya mampu mendengar tangisan ibunya itu.. Dia cuba mengawal perasaan.. Satu nikmat Tuhan telah ditarik. Mungkin ini balasan Tuhan untuk dirinya..

"Sudahlah mak.. mungkin ini suratan takdir. mak.. mak tak jawab tadi.. Nadia mana mak?"

"Nadia okay.. dia cedera ringan.. sekarang tengah berehat di rumah. tapi.."

"Tapi apa mak??"

"Tiada apa.. kamu berehat dulu ya Dam.."

Kata-kata ibunya yang mengatakan Nadia selamat sudah cukup menenangkan hati Adam..

Adam sudah dibenarkan pulang keesokan harinya. Rasa rindu untuk bertemu isterinya semakin membuak-buak.

Setibanya Adam dirumah, pimpinan ibunya dilepaskan. Dia tidak sabar untuk bertemu isterinya. Puas dia memikirkan semalaman. Kalau boleh, ingin sahaja dia bersujud dibawah kaki isterinya itu untuk segenap kemaafan.

"Nadia! Nadia! mana kamu sayang? abang dah balik.."

Laungan Adam tidak bersahut. Mungkin pandangannya tidak nampak, tapi hatinya dpt merasakan.. Nadia memang tiada disitu. Dia tahu, walau marah bagaimanapun, isterinya pasti akan menyahut panggilannya. Itulah Nadia yang dikenali.

"Mak, Nadia mana mak?" dengan hati yang keliru dan sedih, Adam bertanya.

"Sebenarnya Dam.. Nadia dh berangkat ke Armsterdam. Selepas dia tahu Adam dah sedar, dia terus pergi. Adam tahu kan Nadia nk lanjutkan pelajaran kat sana? mak cuba menghalang tapi dia berkeras utk pergi.." Mak Siti menjawab dgn penuh kekesalan.

Suara ibunya itu mematahkan harapannya. Tidak kesampaian dia memohon maaf bersemuka isterinya pada hari itu dan sekali lagi dia terpaksa menahan rindu yang melambung.

"Kenapa mak tak halang? kenapa mak.."

"hmm.. mak dah cuba Dam.."

"Ataupun dia tinggalkan Adam sebab Adam dah buta??"

Mak Siti hanya mampu membisu.. Perasaan Adam bercampur-baur. Dia marah, dalam masa yang sama dia kesal. Dia sedar semua ini terjadi disebabkannya. Mungkin Nadia dah bencikannya. Ditambah lagi dengan dirinya yang cacat sekarang, atau mungkin kesalahan yang dilakukannya sukar untuk diterima dan isterinya pergi untuk mencari ruang sementara waktu. Dia tahu, cacat cela bagaimana pun dirinya, dia pasti, Nadia tidak akan meninggalkannya kerana itu pernah dijanji Nadia.

"Tak mengapa Nadia, abang akan tunggu kepulanganmu.." detik hati Adam.

"Mak, Adam nak rehat dulu dalam bilik.."

Menyedari kemahuan Adam, Mak Siti lantas memimpin tangan anaknya itu dan dibiarkan Adam bersendirian di bilik.

Dua jam berlalu. Adam masih tidak terlena, fikirannya hanya pada Nadia.. segala kenangan-kenangan manis dari saat pertama berjumpa semakin terbayang dimata.. Adam tersenyum sendirian.. dia teringat kata-kata yang pernah diluahkan isterinya..

"Adam, walau apa berlaku.. cinta Nadia hanya untuk Adam.. Nadia tak b0leh hidup tanpa Adam.. terima kasih datang dalam hidup Nadia.."

"Happy annyversary syg.. cantik x bunga ni? it just for you.. lepas ni kita candle light dinner okay.. Nadia dh msk special utk abang."

"Adam, pergi mana tadi? satu rumah Nadia cari. Jangan tinggalkan Nadia, Dam.. Nadia takut.. jangan tinggalkan Nadia walau sesaat pun.. please.. promise me.."

"Nadia cinta sangat Adam.. pernah tengok lautan tak? lagi dalam dari tu.. pernah tengok awan tak? lagi luas dari tu cinta Nadia kt Adam.."

Kata-kata Nadia menghentam kerinduan Adam yang semakin dalam.. dia rindu senyum, tawa Nadia.. wajah ayu Nadia.. dia rindu.. mungkin dia tidak dapat melihat semua itu lagi.. namun, dia masih ingin mendengar suara Nadia, dia masih ingin menyentuh wajah isterinya itu..

Apa yg berlaku sebelum pergaduhan itu bukan dirinya, dia hanya terkaku dengan kelakuan pembantunya yang memegang tgnnya secara tiba-tiba. Dia berasa bodoh sebentar kerana tidak menepis. Nadia yang hadir tanpa diduga amat mengejutkan dirinya.

Jauh disudut hati Adam, dia terlalu mencintai Nadia. Dia pernah berjanji utk hidup bersama Nadia hingga ke akhir hayat. Dia nekad untuk memenuhi janjinya itu kepada Nadia. Tak kesahlah apa yg akn terjadi, dia tetap dgn pendiriannya untuk memujuk dan memenangi semula hati isterinya.. dia yakin Nadia pasti akn menerimanya. Nadia seorang yg pemaaf.. dia amat arif tentang Nadia.. mustahil Nadia akan terus membencinya.

Dengan khudrat yang ada, Adam bangun dari katil, diraba-raba dinding mencari pintu keluar. Dia mahu bertanya ibunya cara untuk menghubungi Nadia. Dia tidak sabar untuk memujuk dan mengembalikan kegembiraan Nadia dahulu. Dia mahu kembali bahagia seperti sedia kala bersama Nadia. Hatinya seperti dibius semangat yang berkobar-kobar.

Tetapi.. langkah Adam terhenti di muka pintu.. terdengar suara yang sangat dikenali hinggap ke telinganya. Adam cuba menghayati perbualan itu..

"Sampai bila kita nak tipu dia? Satu hari nanti Adam akan tahu juga Nadia dah tiada.."

"Saya pun tak tahu lah bang, saya tak sanggup tengok keadaan Adam kalau dia tahu pasal hal ni nanti. Satu persatu dugaan melanda. Dia akan tahu.. tapi bukan sekarang masanya.." Mak Siti menjawab pertanyaan suaminya dengan nada tenang.

Adam rebah.. perbualan ibu dan bapanya dirasakan seperti sejumlah kaca sedang menusuk hatinya yang masih terluka. Air mata tidak dapat ditahan lagi dan terus mengalir dari kelompak mata Adam. Ingatannya tentang Nadia semakin kuat. Kalaulah ini satu mimpi.. alangkah baiknya.. kalaulah masa boleh dipatah balik, kalaulah dia sempat memohon kemaafan, kalaulah dia sempat meluahkan perasaan cintanya terhadap Nadia ketika itu.. tetapi tidak.. inilah takdir kehidupan yang semakin perit dilaluinya. Dia teringat wajah Nadia ketika kali terakhir dilihat.. mata Nadia tertutup dengan air mata yang masih belum kering di pipi.. air mata itu berpunca darinya..

"Ya Tuhan.. kejamnya aku.." Adam beristighfar dalam mencari kekuatan bagi mengharungi kesedihannya petang itu.

Adam keluar dari bilik dengan mata yang masih berkolam...

"Mak, bawakan Adam ke kubur Nadia sekarang mak.. Adam mohon.. Adam dah tahu semuanya.."

"Adam.. Mak minta maaf.. Mak terpaksa sembunyikan semua ni.." Mak Siti merangkul kuat anaknya dengan tangisan yang deras dengan harapan Adam akan terus tabah mencari kekuatan.

Mak Siti membawa Adam ke kubur Nadia.. Dipimpinnya Adam keluar dari kereta sehingga ketempat yang dituju. Sedih melihat anaknya mengharungi dugaan besar dalam hidup. Mak Siti membiarkan anaknya bersendirian disitu.

Batu nisan Nadia digenggam kuat. Hati Adam kuat dipukul kekesalan tetapi dia redha dengan ketentuan ilahi.

"Nadia, abang minta maaf.. abang tak sangka Nadia betul-betul tinggalkan abang kan.. mungkin ini suratan takdir. Terima kasih atas segalanya Nadia.. Nadia dah banyak bagi cinta dan pengorbanan kepada abang. Tapi abang banyak sakitkan hati Nadia.. maafkan abang.. abang bahagia sangat bersama Nadia walaupun kita tak dapat hidup hingga kehujung nyawa, namun cinta kita akan berkekalan selamanya kan Nadia.. tiada siapa boleh gantikan tempat Nadia.. Nadia, Nadia tak cuba tapi Nadia memang isteri terbaik abang.. cinta abang, kasih abang, hanya untuk Nadia.. tak pernah berubah dari dulu sampai bila-bila. Nadia, abang dah tak boleh nampak.. tapi abang besyukur sangat sebab abang pernah tengok sesuatu yang paling indah didunia ini iaitu isteri abang, Nadia. Kenangan bersama Nadia akan terus menghidupkan Abang.. terima kasih sayang.."

Mak Siti melihat dari jauh situasi yang menghimpit naluri keibuannya itu. Hadiah buat Adam dari Nadia untuk ulangtahun perkahwinan mereka dikonyok dan dibuang jauh-jauh. Hatinya sakit menahan sebak. Dia tahu, itu impian terbesar mereka yang tidak kesampaian~







No comments:

Post a Comment