Thursday, November 11, 2010

Salam takziah.. :(


  • Takziah kepada angah n abg zaem atas pemergian bayi kedua mereka dari mira n keluarga. Xdinafikan mmg sedih sgt ble pk. tp lagi sakit yg mengalaminya sendiri kn.. Diharapkan angah n keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ni.. Allah S.W.T xkan menduga ujian yg melebihi bts daya hambanya.
kata-kata hikmah...
  • Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari dan menggantikannya dengan guruh, kilat dan petir. Kita tertanya-tanya kemana pergi matahari. Puas kita tunggu dan menangis.. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi yang indah..
This beautiful story is 4 angah n abg zaem...

Pada zaman Rasullulah S.A.W terdapat seorang sahabat yang jahil, pemabuk dsb (mmg jht la jgk). Namun begitu, beliau telah mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Beliau telah menikah dan tidak lama selepas itu, Allah S.A.W telah mengurniakan kpd pasangan tersebut seorang cahaya mata.

Sahabat nabi tu merupakan seorang yang rajin datang ke masjid untuk solat berjemaah. Pada suatu hari, Nabi perasan bahawa sahabatnya tidak datang ke masjid. Hal itu merupakan perkara yang pelik kerana bukan kebiasaan sahabatnya untuk tidak hadir berjemaah. Nabi bertanya kepada jemaah yang lain dan mendapat tahu bahawa beliau baru sahaja kehilangan anaknya..

Selepas pulang dari masjid Nabi terus berkunjung ke rumah beliau dan bertanya.. "mengapa kau tidak hadir untuk berjemaah?". Beliau menjawab "Allah berlaku tidak adil padaku, aku sudah beribadah dgn bersungguh-sungguh. selepas itu, dikurniakan anak.. aku tingkatkan ibadahku kepada-Nya. namun dengan mudah anak aku dipanggil oleh-Nya." Sahabatnya bercerita dgn emosi yang cuba ditahan. Kemudian Nabi berkata "mahukah kamu aku berikan khabar gembira?"

Lalu nabi menceritakan "Nanti bila tiba saat matahari tepat diatas (dipadang masyar), disaat semua merasa dahaga yang teramat, datang seorang bayi membawa segelas air dan cuba direbut dan dijangkau oleh orang lain namun tidak dapat (kerana bukan milik mereka), Kemudian dibawakan air itu kepada seseorang dan memberi minum kepadanya dan tunggu ditempat orang tersebut sehingga malaikat memanggilnya untuk pulang (ke syurga). Tetapi bayi tersebut tidak mahu sambil berkata 'Aku tidak mahu kembali ketempatku tanpa orang tuaku.' Jawapan yang sama diberikan setelah 3 kali ditanya oleh malaikat. sehinggalah satu saat Allah memberi perintah.. 'Pimpinlah orang tua mu ke syurga.'"

Rasullulah S.A.W menceritakan bahawa bayi tersebut merupakan anak-anak yang meninggal dunia ketika kecil dan orang tuanya sabar sewaktu ditinggalkan...




No comments:

Post a Comment